Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, October 21, 2009

^^Lagu Kami..^^

Dari dulu smpi skrg n bile2 pn ak tetap suka lagu ni..best..

Nothing's Gonna Change My Love For You

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you...

CHORUS:
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I LOVE YOU
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I LOVE YOU
The world may change my whole life through
But NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU!

If the road ahead is not so easy
Our love will lead a way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you

Sunday, October 18, 2009

^^Sebelum Akad Terlaksana...^^

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Moga kau mengerti setiap bicaraku..

Dariku,

Bakal isterimu

Friday, October 16, 2009

^^The Best Raya with My Friends^^

Raya kali ni ak berpeluang konvoi ngan member kacik ak, Nadiy ke umah kawan-kawan lama time sklah rendah dlu. Nadiy dh pn ade kete sdri (MyVi SE black yg ak nk sgt tu..). Tu la bertuahnya ade parents yg agk snang.. anyway, crta pasal raya ni, hari raya pertama ktorg mula kol5.30 ptg.. Yg ade time tu ak, nadiy, faris & jang (aka fauzan). Ktorg g beraya umah faris dulu phtu konvoi ke umah farah..
Farah cun skrg..hehe..pstu, g umah t-hah yg kebetulan sebelah umah farah.. Ingatkn nk g salam, jmpe jap je.. Ape borak2 jd lama lak.. Yg nk jd crta, mum si t-hah time tu tgh bakar sate.. Nk tgu mmg xsmpt, sbb dh mgrib time tu.. So, faris plan nk dtg lg mlm raya pertama tu semata2 nk mkn sate umah t-hah.. Ktorg setuju je..(muka xmalu betul..hehe)..
So, ni gmbr versi ptg, ak, nadiy n faris..+ jang yg ambik gmbr..





So, mlm tu ktorg smbung beraya lgi.. Dan, sememangnya ktorg gathered kat umah t-hah lbih kurg lpas mgrib time tu kol 8.30 lbih kurg..apalagi utk hajat sbnar ktorg nk mkn sate..hehe.. Ni la keletah kami apabila dpt ape yg dihajati..



Selera sungguh makan...



Faiz pn join gak mlm tu.. Tgk la happy face nadiy ittew...hehe



Aku pn selera gak mkn...best..


Lpas makan, ktorg (ak,farah, t-hah, nadiy, faris, faiz n jang) gerak g beraya umah Teacher Salina.. Ktorg konvoi 2 kete.. Kat umah Teacher ktorg mkn plak..Tp rendang ayam teacher mmg best la..salute hbis..Org sblh ak yg xpakai tudung tu ntah bpe ketupat dia mkn.. Xhenti2.. (sape la org tu ye...hehe..)
So, ni la gambar yang sempat disnap...









Kol 10.30 mlm bru ktorg blik.. Esk & lusa nya ktorg smbung beraya lg.. Tp xsmpt nk snap gmbr dh..
Will miss this hari raya with you all..Jmpa lagi nnti..=)


Sunday, October 04, 2009

^^ I'm Now Half Way to Be His...^^

Lpas hampir dua tahun kenal, akhirnya hari ni kami diikat dgn ikatan pertunangan.. Sesungguhnya org yg plg happy adalah kami berdua =).. Da yg paling berdebar juga adalah kami berdua jgk.. Majlis agk sederhana, dihadiri sanak saudara yang terdekat dalam keluarga kami.. Tepat hari tersebut, Jumaat, 25 Sept 2009 bersamaan 6 Syawal 1430H maka terikat la kami berdua.. So, these are the pics from the ceremony...

My future mother in law menyarungkan cincin ke jari manis ku.. =)



 Selepas my mum menyarungkan cincin ke jari manis her future son in law... =)



We are going to be together soon... =))
Untuk lagi gambar I already post them in my Facebook..
Selepas perbincangan kedua belah keluarga, majlis kami akan diadakan akhir tahun ni..Insyaallah..
So, from now we are preparing ourselves for the big day..Hope Allah will protect us and give blessing to us..

^^ I Miss Them So Much ^^




Hope to see them soon.. I'm so far away here...

^^Assalamualaikum..^^

Telah lama berhajat nk buka blog sebenarnya..tp hari ni Tuhan makbulkan juga hajat...Alhamdullillah..Well, just for brief explanation about my self..saya still seorang student, bakal menghabiskan satu lagi semester terakhir di UKM dalam jurusan Computer Science..Skrg, tgh menjalani praktikal di iPerintis Kerteh. Dh tggal 2 blan lg nk hbiskn praktikal ni.. Harini Syawal yang ke 15, bersamaan 1430H.. mood-mood raya masih berkeliaran di sana sini dgn kuih raya di ofis, open house staff2 yang xjemu2 menjamu kami student praktikal ni makan free (terima kasih bykkkk )..ok la, terpangjang la plak, td ckp nk yg brief je kn.. so, inilah dnia sy sekarang.. for those yang sudi view, welcome and terima kasih.. sudi2 lah jd kawan saya ye... =)