Friday, December 03, 2010

^^Terasa Baru Kelmarin...^^


3 Disember 2010
Selamat Hari Ulangtahun Yang Pertama untuk Suamiku Tersayang, 
Cik Mohd Nazrin Bin Othman.
Terima kasih di atas segala-galanya.. I love you so much.
Yang ikhlas,
Isterimu…

Monday, August 30, 2010

^^ Kemuncak Alam Belajar ^^

Tanggal 9 Ogos lalu adalah kemuncak alam pembelajaranku. Setelah 3 tahun di Tadika, 6 Tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, 1 tahun di matrik dan 3 tahun di universiti, maka hari tersebut sangat bersejarah kerana aku telah rasmi menjadi graduan UKM. Syukur sgt2 sbb Allah pnjgkan usia & pemudahkan jalan untukku menggengam segulung ijazah. Sangat terharu bila dapat pelukan tahniah dari ibu & suami ku tersayang. Sangat2 terima kasih pada dorang, kerana berkat dorongan, kata-kata semangat dan kesabaran dorang akhirnya hari bermakna ni tiba jua. Insyaallah, akan kubalas jua nnti segalanya walaupun tak sepadan dengan apa yang dikorbankan untukku. 


Buat kawan2 yg konvo sekali, tahniah semua. Selepas ni kita semua akan bawak haluan msing2. Semoga berjaya semua ye.. Xde nk cite panjang dah, tgk gambar jela ye.. =)


Sebelum masuk dewan... Sampai lambat sikit aritu.. Huhuhu


Masa terima ijazah, mr hubby ambik dari layar..


Dengan kedua2 my loving mek...=)


With mr hubby tersayang...=)


Muka Happy..=P


Dengan Cik Bell.. =)


Dengan Cik Zaty...=)


Dengan Cik Wanie..=)

Dengan Abe Li & Kak Intan..=)


Dengan Abg Die...=)

Saturday, August 28, 2010

^^I'm Back^^


Mulai sat ini, saye dgn ini mengistiharkan diri saya untuk kembali aktif kat my blog ni.. Nak lupakan crite2 duke2 tu, nk crite yg happy2 je yang tlah berlaku selama saya sepi ni and after2 this... YES!!! 

Thursday, June 03, 2010

^^ Kenangan Bulan Mei..^^

Dah lebih sebulan blog ku tersadai dan berhabuk ni.. So, kali ni byak crta ckit la..Update bulan lepas..Hehe..
sekarang aku dah abis final exam and dah habis belajar. Cuma projek akhir je tak bentang ag sebab tengah kursus IBM Database Administration kat UKM ni ha.. Insyaallah 16hb nnti abisla course ni. Kalau murah rezeki lulusla exam DBA tu nanti so certified la aku..Hehhehe.. Ok skrang nak strat bercerita ikut tarikh ek...


29 APRIL 2010


Hari ni last exam aku, klau tak silap exam Network Programming. Aku balik kampung hari ni jugak. Malam lpas abis exam tu.. Dah hampir 2 bulan tak jumpa Mr Hubby..Akhirnya kebetulan dia cuti, then terus datang ambik aku skali sebelum balik kampung. Aku tak kasi Mr Hubby bawak kete, sbab bimbang & blnja byak.. Sbb skrg kna byak berjimat..


So, lpas exam, aku g ambik Mr Hubby kat stesen bas. Lpas angkut smua barang bagi kat Abg Li (abg aku yang tggal kat kajang) , ktorg mtak abg li hntar ke stesen bas. Barang2 yg aku bagi kat abg li untuk aku tggalkan kat umah dia kejap sbb nnti time kursus aku nak guna. Barang selebihnya, aku bawak balik. Banyak gak la bawak balik.. Nasib baik hero kesayanganku ada bersama..=).. Mila pun join ktorg skali (my rummate) sebab dia pun naik bus sama dgn ktorg jgak...hehhe


Malam tu naik bus balik kampung, naik bus Sani duk bawah blkg skali.. Dapat privacy and selesa skit..hehehe.. Oh ye, lupe nk ckap, time ni batuk aku tgah teruk, suara kalah penyanyi rock. So, aku tak cakap byk sgt la, nnti bising plak. Nak bisik2 pun xleh kn... Oh, sangat terubat rinduku...


Pagi esok sampai Ganu, tgu bas plak balik umah mak mertua aku dulu sbb Mr Hubby nak ambik kete. Pastu bru blik umah Kg Rahmat..


1 MAY 2010


Mr Hubby cuti tak lama, 4 hari je klau xsilap. So, hari ni ktorg spend masa buat bnda yg ktorg pnah buat masa bercinta dulu.. Apalagi, g picnic kat Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah (my hubby's favourite spot).. Lpas goreng bihun skit, lpas makan tengahari ktorg pegi bawak baju untuk mandi smua.. Then, sampai kat Jerteh, bungkus KFC (Dinner Plate + Prawn Nugget) terus pegi sana. Sampai sana ramai sgt manusia ada. Yela, sebab tgh cuti umum kn.. Hari Pekerja. Ktorg cari spot yg paling best and jernih untuk mandi. So, naik atas sikit la.. Mr Hubby best gler menyelam berenang tapi aku plak takut plak nk turun.. Nampak dalam sungguh..hehe xpe2, smbil2 dia mndi, main2 air, aku yg sedikit basah tu suapkan makanan untuk dia..=)))...


Ktorg balik dh nk dkat kol 6 pstu singgah beli sate kat Jabi, bawak balik sikit and singgah umah mak mertua aku bagi kat dorg sikit..Best btul bleh picnic sesame.. Terimbau balik zaman kapel2 dulu.. Dulu main2 air je.. Xde bebasnye lagi.. Nanti klau dh ade ank nnti, nk bwak picnic lagi, biar ayah dorg ajar dorg berenang..=))


3 MAY 2010


Hari ni Mr Hubby pergi keje balik. Sbab klau ikutkn dia xleh blik tapi mtak jgak sbb nk tolong aku bwak barng2 balik umah.. So, cuti kejap jela.. Then, bermula la hari2 rindu aku tu... Sangat tak best.. =(..


10 MAY 2010


Hari ni dapat call dari Abg Ki, Ayu dah selamat bersalin anak perempuan. Abg Ki abg ipar aku, abg pada husband aku. Esoknya baru bawak balik umah mak mertua aku sebab dia nk berpantang kat sana. So, petang tu lpas buat kuih tok aji serban, aku ikut Kak Pah balik tgk dorg.. Kak Pah ni plak kakak husband aku yg duk depan umah ak...


Si kecik plak sgt cute, Ayu bagi nama Nurul Qistina. Wah, aku sangat teruja.. Waiting for my turn.. Macam sape rupa anak aku nnti..=))


P/S Bersambung la plak ek... Nk tdo, dh ngntuk... Nite...

Wednesday, April 21, 2010

^^ Rindu... ^^

I really miss him.. Tak tahu nak cakap camne :(.. Dah lebih sebulan tak jumpa sebab kejenye di tengah lautan sane.. Sebelum ni tak pernah kena pergi lame macam ni.. Rasa sangat kekok dan kosong sebab ni la dugaan pertama khawin.. Ye la masih baru lagi kan.. Aku kadang2 rasa kuat, boleh tunggu tapi kadang2 nak dia balik time tu jgak.. Sangat tak suka keadaan ni.. Tapi apepun aku sangat faham (cuba faham) tugas dia sbgai ketua keluarga.. Kena cari rezeki untuk kami, bakal anak-anak kami nanti..

Aku pun dah lama tak balik rumah. Kalau balik, tgk bilik, barang-barang dia, lagi la aku tak kuat.. So, aku decide stay saje kat kolej... Kebetulan musim exam and musim final year project.. Bolehla menyibukkan diri cakap kat diri sndiri, xnk pk,xnk pk..byak keje ni.. Nasib baik ade kawan2 temankan.. Teman makan, buat keje skali... Kalau aku duk seorang lagi la kerap aku nangis sorang2.. Oh, kadang-kadang aku tak kuat..Sungguh..
Macam lemah sangat.. Kuatnya penangan rindu ni... Sebelum khawin xde plak rasa macam ni, xkisah sangat pun lama mane dia keje.. Mungkin inilah nikmat rindu lepas khawin.. Nak berenggang sikit pun susah...Huhu

Abang, cepatlah balik... :'(


Saturday, April 17, 2010

^^ Pasrah Segalanya ^^

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Thursday, April 15, 2010

^^ First Interview ^^

Akhirnya telah lama pye aku fkir, aku ambik keputusan nak join interview hari ni.. Sgt lama ambik masa sebab rasa macam tak layak. Company besar tu, dengan CGPA aku yang tak seberapa, communication skill yg tak tau tahap mane, dengan tak sempat kaji, prepare ape2, mana la tak takut..Tapi takpe, aku tetap join jugak temuduga terbuka yg dia nak 30 org je ni..Hehe

Overally, Alhamdullillah, aku dapat jawab semua yang dia jawab, dengan tetiba banyak plak poin dalam kepala. Cuma kadang-kadang sangkut sebab xingat mcm mane nk sebut certain istilah tu dalam English..Nervous gler kot tapi cool senyum jer.. Alhamdullillah, akak dan pak cik yang interview aku tu sgt friendly and takde la serius sangat. Macam fun,fun,fun je la kan.. Sebelum proses interview tu, pagi ada briefing pasal company tu. Pastu aku ingatkan nak buat interview secara group tapi upenye sorg2..Hahaha..

Tapi aku takde mengharap sangat aku dapat join company ni, tak layak rasanya... Tapi pengalaman tu la yg paling utama yang aku nak... Harap2 adala rezeki aku nnti kat mane2.. 

Opps, ye tak ye kan, lupe nak gtau nama company ni... Hehe... Company international yang cukup fofular dalam industri minyak upstream and downstream..huhuhu

Inilah dia..jeng,jeng,jeng...
*
*
*

*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hehehe.. Tgk kat bawah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
huhuhuhuhu...
Tak layak rasanya kan... Tapi cube je...hehe..

Monday, April 12, 2010

^^ The Value of Loyalty...^^

Bru je lepas tengok cte ni sambil lunch td. Sangat touching, tak dapat tahan air mata  keluar... Baru la tahu nilai sebenar kesetiaan kita kepada org yang kita sayang.. Bayangkan selama ni org yang kita sayang selalu ada bersama kita, tapi tiba2 dia pergi, kita hantar dia pergi dalam keadaan sihat tapi lepas tu kita tggu dia balik, tapi dia dah tak balik2 lagi dah. Kita tertanya-tanya ke mana dia pergi, tertunggu2 dia balik, sedangkan dia takkan balik lagi buat selamanya.. Ni lah crtanya...
Kalau nk tgk boleh download kat sini dan download guna Usershare. Lebih mudah sebab nnti dia link terus pada IDM untuk kte download.

Friday, April 09, 2010

^^ Saya Sangat Sibuk^^

Sangat lama tak berblog.. tapi free2 smpat jgak blogwalking ke blog kwn2.. Waaaa, saya sbuk yang amat.. Sedang berusaha keras untuk menyiapkan Final Year Project dan pada masa yang sama tgah pulun untuk final exam..Tak tahu nk bhgikn mcm mane... Saya sanggaaaaaaaat sibuk...


13 April - Entrepreneurship
19 April - Software Engineering Project Management
26 April - Analysis & Design of Algorithm
29 April - Network Programming

29 April - penghantaran draf akhir FYP
6 Mei - PRESENTATION FYP

20 Mei-18 Jun - Program 3P


Itulah dia tentatif saya sebelum menghabiskan pengajian di UKM yg tersayang ini...Huhu..Doakan saya ye..

Monday, March 29, 2010

^^Kisah Penjual Aiskrim...^^

Post kali ni khas ditujukan untuk senior,junior & kawan2 sama sekolah tadika dan sekolah rendah dengan aku..
Ini adalah sebahagian daripada kenangan kita zaman kecik2 dulu....


Setiap kali balik, kebetulan pergi mana-mana dalam waktu tengahari mcm tu, mesti akan terserempak dengan pak cik jual aiskrim ni. Kalau tak pergi mane2 pun, petang2 dia akan lalu depan umah jual aiskrim. Aku sangat kagum dengan kegigihan pak cik ni. Dari aku sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah dah berapa belas tahun ntah, dia setia dengan pekerjaan dia tu. Kiranya, aku pun membesar dengan ais krim jualan pak cik ni la. Aiskrim jualannya mmg homemade and sedap. Sangat perfect rasanya tiap2 perisa yang dibuat.


Aku tak tahu dah berapa umur dia. Tapi dulu masa aku sklah dia xde uban lagi. Skrg dh byak rambut putih. Aku agak dah ramai anak-anak pak cik ni dah berjaya berkat aiskrim jualan ayah mereka. Dan aku rasa pak cik ni dah cukup senang sekarang berkat usaha keras dia selama ni. Tapi, mungkin minatnya dan tak kenal erti penat lelah menyebabkan dia terus meneruskan kerjayanya sehingga kini. Tak kira hujan, panas, ribut, pak cik ni tetap round satu kampung dengan motor kapcainya, setia membunyikan loceng untuk menjual aiskrimnya. Dulu, musim hujan, aku pernah tengok dia berteduh bawah pondok dekat umah aku tu sebelum sambung jual aiskrim lpas hujan reda.. Betapa gigihnya dia...


Aku harap anak-anak aku nanti akan sempat merasa salah satu kenangan manis ni sama macam zaman aku kecik dulu... Supaya dorg tahu, betapa kegigihan itu sangat penting untuk meneruskan hidup ni.. 
Untuk Pok Mat, saya sangat kagum dengan kegigihan Pok Mat dari dulu sampai sekarang.. Terima kasih, sebab masih ingat saya..Hehe...
Untuk kawan-kawan yang same sklah dulu, mesti anda smua kenal kan pak cik jual ais krim tepi pagar sekolah kite dulu...



P/S Kenangan ni xkan mampu diulang lagi...Huhu

^^ Sangat Tak Suka ^^

Serius, aku sangat tak suka perasaan yang aku ada sekarang. Dah cuba buang jauh-jauh tapi tetap xnak ngalah gak.. Aku nak faham dan terima situasi ni, tak nak dah menyerabutkan dia.. Sebab dia dah usaha untuk berubah dan belajar dari silap dia... Cuma masalahnya, aku.. Aku tak tahu knape aku macam ni.. Ye, aku sayang dia sangat2.. Dia la segalanya bagi aku... 


Ni la akibatnya, bila encik suami dah lama ada kat umah and suddently kna move to other place.. Dan aku telah merelakan dia pergi dengan perasaan yang sangat terpaksa.. Aku tak suka sangat keadaan ni.. How I wish dia cepat2 balik... Aduss, kalah lagi dengan perasaan ni... Sangat perlu muhasabah diri sendiri...Arrggghhh, aku tak suka...

Monday, March 15, 2010

^^ Cerita Tentang Kawen... ^^

Hujung minggu lepas, abang aku kawen, abg sulung dalam kami 10 beradik.. Sepatutnya dia dulu la kn, tapi aku dan abg yg kedua dulu kawen baru la dia kawen. Mungkin baru jumpa yang betul-betul berkenan di hati.. Aku sempat pegi majlis resepsi abg aku kat Dewan Bandaraya Kajang.. Ya Allah, terkejut sangat tengok. Wah, sangat grand mjlis dia. Mungkin la kot camtu la cara orang bandar bila buat kenduri khwin. Semuanya catering.. Tema pun sangat grand, black and white.. Cantik.. Aku ajak Wani, Zaty, Bell & Lah join skali. Family dari Kelate xramai sgt yg dtg..Jauh..Yang wajib2 je datang.. Nanti majlis bertandang kat umah kat Bachok plak akn berlangsung hari Khamis, 18hb nnti. So, esok lpas kelas pagi aku akn balik umah lagi.. Then, Rabu bru pegi sana. Kna jumpa encik suami dulu esok..Rindu...hehe


Musim cuti sekolah ni, ramai plak org kawen, abg aku ni termasuk la kn. Byk gak aku tengok kat facebook gmbr khwin yg member2 upload, xkira la kakak dorg ke, abg dorg ke, sedare mare dorg pn. Wah, smuanya grand2 la.. Tbe2 terfikir plak kn.. cthnya mjlis abg aku ni, kalau la nk dibandingkan dengan majlis aku. Tersangat lah kecik dan biasanya mjlis aku tu, pelamin aku.. Huhu.. Bestnya dorg.. Tapi, aku bersyukur sebab dream wedding aku tercapai. Sebab, aku nak wedding yang simple & meriah. Di mana, smua sedara2, rakan2 dpt datang ke mjlis aku. Dapat kumpul sedara-mara yg dh lama tak kumpul kat umah aku tu, sangat best. Masak sesame, gotong-royong.. Sangat best.. Dapat kembali rapatkan hubungan kami. Yela, ade yg duk jauh2, jarang-jarang je jumpa. Tapi, time mjlis aku tu, sggup dtg awal, blik lmbt untuk pstikan smunya smpurna.. Tu la slh satu aim aku, nak kumpul smua family... Dan aim aku tercapai jgak.. Meriah walaupun tak grand..hehe..


Setakat tu je la kot, xtau nak kate ape dah.. NNti la aku cerita-ceriti lagi. Esok mau balik jumpa buah hati..hehe... Sblum tu, tgk la gmbr ni, yg biasa2 je & yang grand... jeng,jeng,...
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Yang biase2 aje...=)

~
~
~
~
Dan, yang grand...=)


=)

Friday, March 12, 2010

^^ I'm Not Perfect... ^^

Hari ni, 11 Mac, hari sedih.. Sedih sangat.. Lepas satu satu dugaan Tuhan beri.. Hati pulak mudah tersentuh.. Panggilan telefon tadi bertambah meremukkan hati.. Tak tahu sape saya harus percayakan.. Macam-macam dah ayat dah diterangkan minta difahami.. Saya tak sempurna. Saya berusaha keras untuk memuaskan hati orang-orang di sekeliling saya, keluarga saya.. Saya tak nak orang mengata bukan-bukan.. Sebab saya dan suami je yang tahu keadaan sebenar.. Orang hanya pandai mengata tapi tak pernah fikir keadaan kami.. Alangkah baik dan bersyukurnya kami andai kalian menolong tanpa bercakap tak elok di belakang.. Andainya kalian tahu, Tuhan sangat menyayangi hambaNya yang ikhlas menolong sesama Islam.. Andainya kalian tahu situasi kami, pastinya kalian lebih memahami kenapa kami berbuat begitu dan begini.. Ada tujuan dan sebabnya, bukan sengaja suka-suka.. 


Ya Allah, kuatkan semangat kami.. Dugaan ini berat... 



Thursday, March 11, 2010

^^ Akhirnya... ^^

Akhirnya, ketiga-tiga paper Mid Sem tiga hari berturut-turut tamat jua.. Entrepreneurship, Network Programming & Analysis and Design of Algorithm.. Semuanya susah yg amat. Even dah study smpai lumat pun kertas still mcm tu jgak..Susah.. Apepun, tawakal jela.


So, dh habis exam rasa nak relax jap malam ni. Nak tgk movie.. So, aku dah prepared 3 movie sama dengan 3 paper exam untuk aku release tension malam ni. Xtau la smpat hbis ke x.. Hehe.. Sebab, lepas ni, mulai esok nak tumpukan pada final year project. Dah lari schedule dh tu pn.. Still xde progress dari 3 mggu lepas. Xtau la nk jadi ape.. 


Last weekend, balik. Mcm biasa la bila dah jadi weekend husband and wife ni, time cuti jela jumpa. Lepas tu masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Situasi macam aku nilah yg menuntut banyak persefahaman antara satu sama lain. Macam-macam dugaan boleh timbul. Jangan ingat orang yang duk dekat je ade selisih faham tau.. Time cuti weekend aje la boleh spend time dengan Mr Hubby, masak sesame, gi pasar sesame, gotong-royong sesame..Smuanya la sesame.. Hehe.. And time ni jugak la kena ambik peluang, smentara Mr Hubby keje kat darat ni. Nanti dah balik smula keje kat laut lagila rindu yang amat.. 


Tu je la kot untuk malam ni. Nanti jap2 ag kalau rajin boleh tulis lagi. Nak sambung tengok My Name Is Khan..daaa


P/S Rindu bantal peluk..=D

Tuesday, March 02, 2010

^^ Fall In Love With This Song.. ^^

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud