Saturday, May 26, 2012

^^Saya tiada pilihan lain...^^

Hari ni, sekali lagi saya dan si kecik Saffiya akan nomad ke rumah MIL setelah encik abang dapat panggilan dari laut... Kali ni xtaula berapa lama kami dua beranak akan bermastautin di sana.. Hati memang berat nak tinggalkan rumah lama-lama.. Tapi kalau nak tinggal berdua je dengan si kecik tu di rumah saya kurang berani terutamanya waktu malam.. So, tiada pilihan lain, terpaksa la angkut barang-barang keperluan balik ke sana.. Esok saya cuti, sebab plan dgn abg die nak pegi jumpa loyar.. So, lusa bermula la episod tumpang-menumpang orang untuk pegi kerja.. Bila difikirkan smpai bila la saya nak menumpang orang cmni..Dahla kete abang bawak tinggal kat airport. Nak beli kete sendiri kene setel hal tanah dulu. Xtahu lagi banyak mane loan kene buat. Gaji sy bukannya banyak, nnti dh banyak hutang, habisla kering duit hasil keje saya tiap-tiap bulan.. Inilah yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa.. Tapi saya terpaksa jugak hadapinya...