Thursday, December 31, 2009

^^Kenangan Geng Zaman SPM^^

Tadi tetibe terjumpa gambar aku dgn geng time sklah menengah, zaman anak dara dulu...hehe.. Teringat plak zaman tu. Kami adalah pemegang saham tertinggi time tu kat sekolah masa form 5. Ke mana saje msti berempat. Dorg pgil aku kak long sbb ape2 hal yg xkena aku dlu yg slalu tegur dorg..Hehe.. Kat kelas pun duk berempat rapatkan meja. Sebarang ilmu sama-sama kongsi.. Fazlina dlu pengawas pustaka, so dia adalah girl in purple. Aku, teh dgn jue plak the girls in blue..Kami pengawas disiplin.. Lepas tamat sklah mngah, ktorg bawak hala tuju masing-masing. Tapi alhamdullillah, kami berempat xde yg xdpt masuk U, mcm yg kami angankn dulu.. Fazlina di UIA, Teh di UDM, Jue di UUM and aku kat UKM la kan.. Tapi ape-apepn ktorg still rapat macam dulu. Pantang raya atau cuti pnjang, mesti jumpa dgr cte2 terbaru..
Gambar ni diambil raya tahun lepas..

Naa, Sue, Jue & Teh

^^Happy New Year 2010^^

Hari ni hari terakhir tahun 2009...Ye, ia bakal meninggalkan kte dalam beberapa jam saja lagi. Segala yang baik berlaku dalam tahun ni akan dijadikan kenangan yang berharga dalam hidup sbb smuanya takkan ada ulangan kedua yang sama sebijik macam kali pertama..hehe.. Segala yang tak baik pula kte jadikan teladan untuk lebih berhati-hati dalam segenap apa jua perkara yang kita lakukan di masa akan datang. Segala dugaan yang Dia tentukan untuk kita pada tahun yang akan kita tinggalkan ini, jadikan penguat agar kita lebih kuat untuk menghadapi ranjau di masa depan. Kerana setiap apa yang ditentukan adalah yang terbaik untuk kita dan ada hikmah di sebaliknya.. Tapi bersyukurlah kerana sehingga detik ini, kita masih mampu menghirup udara di muka bumiNya ini...


Selamat Tahun Baru 2010 untuk semua.. Yang pasti umur kita akan bertambah lagi dan pelbagai cabaran menanti kita di 2010 nanti. Namun, teruskanlah azam kita untuk menjadi yang lebih, lebih dan lebih baik...
Selagi hayat dikandung badan, hidup perlu diteruskan.. 



Tuesday, December 29, 2009

^^Terima Kasih..^^

Di kesempatan ini, saya nak rakamkan jutaan terima kasih untuk :
1. Chek Ngah & Ayah De -- kerana jadi walimatul urus yg utama, yg tolong my mum jayakan majlis kenduri kami.
2. T-mah -- sbb jadi mak andam, pengapit and wedding planner saya.
3. T-jah & Ecah -- sbb jadi pembantu wedding planner yg sgt cekap dan rajin.

4. My mum -- byk bg support walaupn dlm kdn xsihat
5. My mum and my dad -- sanggup dtg dri jauh & bg keizinan khwin..hehe







6. My sedara-mara & ank2 buah -- tanpa korg kenduri ni mmg xkn jadik la..
7. My friends & cikgu2 -- sbb sudi hadir & tanpa anda smua xmeriah la majlis saya.
8. Orang2 jauh -- walaupn xdapat hadir tetap menghargai jemputan saya.
9. Semua org -- yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan & memeriahkan majlis perkahwinan saya.


Terima kasih byk2. Hanya Allah sahaja akan membalas keikhlasan anda semua.. Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat...Suliza & Nazrin..

^^Kronologi Aku Menjadi Milikmu...Part 3 ( Majlis Sanding ) ^^

Alhamdulillah, lpas selamat smuanya, aku terus blik bersiap untuk majlis sanding yang dijangka jadi dlm kol 2 ptg nnti. Lpas siap make up smua, kawan2 xputus2 datang.. Yg jauh, yg dekat smua ade.. Kpada yg jauh, aliaa, wani, bell, zaty, yana, kak yati, hanim, asma, aween, ana, soleh, payed, akim, amir dan kawan amir, terima kasih sbb jauh2 korg sggup dtg untuk mjlis kwin su.. Sayang la korg smua..Kawan2 yg dekat pn terima kasih jgk, cikgu2 yg dtg jgk.. Terima kasih smua. Hehe..


Lbih kurang kol 2.30, rombongan pihak lelaki sampai dgn selamatnya. Sebuah bas n bpe buah kete aku bpe sure tp ramai jgk la.. Hensem cik abang aku, xpernah2 aku tgk dia lengkap macam tu..





Gambar sanding aku ade byk lagi kat sini.. My Wedding2.

^^Kronologi Aku Menjadi Milikmu...Part 2 ( Majlis Akad Nikah ) ^^

Setibanya 2hb Disember 2009, hujan sangat lebat mula dari pagi tak berhenti2.. Smua ahli kerja kenduri sangat bimbang sbb nnti akn susah nk wat keje. Khemah untuk ahli keje pn abang aku dah siap2 pasang dh takut dorg kna hujan.. Aku la yang paling bimbang sbb pelamin aku xdatang ag org yg patut kna pasang tu. Kanopi untuk tetamu pn xpasang ag.. Tapi kanopi tu alhamdullillah dalam hujan lebat tu lbih kurang kol 4ptg camtula, dgn bermandikan hujan abang2 yang tauke kanopi tu sanggup jgak datang pasang kat umah aku. Terima kasih sgt2 kat dorg.. 


Cuma yang aku tunggu2 sangat pelamin aku xsampai2 jgk ag. Rupanya aku dengar brta, air banjir naik atas jalan dan kenderaan xleh lalu. Kebetulan dorg yang kna datang pasang khemah tu kna across jln yg naik air tu dlu klau nk datang kat kmpung aku. Kampung aku alhamdullillah xpernah ag bnjir stkat ni.. Tp alhamdullillah,  lpas Asar ptg tu hujan nmpak reda skit, kol 6 ptg dorg smpi dgn bwak smua peralatan sanding aku tp tupn dorg kna redah air banjir lagi yg bru surut ckit... Huhu..


Tapi another sad thing happen that night.. My hubby yg takut stuck xleh lalu jalan kat Kampung Guntung tu, terpaksa datang dlu, angkut family dia mana yg penting untuk majlis akad nikah ktorg yg ptutnya jd malam 2hb tu.. Tapi apakan daya, Tuhan dah tentukan kami takde jodh lagi 2hb tu.. Sbbnya........ Tok kadi yg kna nikahkan kami xleh kuar umah, umah dia naik air.. Dia cakap kna tunda pg esok kol 10.00 pg.. Waaaaaaaaaa....... 


Aku tersgt la gelisah memikirkan esoknya adakah smuanya akn berlaku seperti yg diharapkn ataupn kna tunda lgi..Hish, ak xnak sanding dlu sblm nikah.. Tapi, my hubby tnangkan aku ckp kte xde jdoh lgi hari ini. Tgu la esok, xkemana... Huhu.. 


Then, pg esoknya, seawal 5pg aku dah terjaga, xleh tdo. Merenung inai yang merah di kedua2 jari tangan ku.. Mengharapkan smuanya akn berjalan lancar hari ini.. Allah, please help me to go through all of this... Alhamdullillah, hujan berhenti pg tu and langit nmpak cerah. Seawal 8 pg ak dah bersiap untuk ke masjid..
Bertolak ke masjid dalam kol9lbih, jap pstu tok imam pn sampai, alhamdullillah, berjaya kuar gak tok imam tu.. Cuma tgu cik abang aku jela xsampai ag.. Xpe2, dia jauh ckit. Lgpun x kol10 ag time tu..Hehe


Smntara tu, tok imam ambik tndtgn aku sbgai persetujuan aku setuju mewakilkan dia sbgai wakil kpda ayah aku untuk menikahkn aku dgn my hubby..These are...






Then, bila smua dh ade, maka mula la majlis akad nikah, diikuti dgn lafaz taklik. Alhamdullilah, lpas 2 kali lafaz, aku sah menjadi miliknya.. Itulah harinya, 03 Disember 2009, kol 10.20 pg, Allah mengurniakn kami satu lgi kurniaan yg pling besar dalam hidup kami berdua. 



Gambar lain, klik kat cni ek.. My Wedding

^^ Peristiwa Disember 2009..Kronologi Aku Menjadi Milikmu..^^

Sangat lama tak update. Sorry sangat2. Tak sempat nk update disebabkan kesibukan yang paling sweet spnjg hdupku. Hehe.. Tinggal lagi 2 hari nk habis tahun 2009 ni. Bakal memasuki tahun baru 2010.. Alhamdullillah, sehingga hari ini, saat aku update blog ni, Allah masih mengizinkan aku bernafas di muka bumi ini dan melalui saat2 indah yang akan ku kenang sampai akhir hayat..


End to mukaddimah, then back to my title. Sebenarnya sepanjang blog ku tidak diupdate ini, aku sbuk menguruskan hari paling bersejarah dalam hidupku. Dan aku decide akan bercuti selama sebulan tanpa layan blog. Hehe... Peristiwa bersejarah itu adalah Majlis Perkahwinanku dan my lovely fiance (now, my hubby okeh).. 


Majlis berlangsung pada 3 Disember 2009 yang lepas. Sangat penat dan stress menguruskan majlis kahwin ni sbnrnya. Lepas tamat je aku praktikal kat iPerintis pd 26 Nov tu ptg tu aku terus balik umah sbb esoknya Raya Haji. Tp raya ni aku just pg solat sunat raya dan balik sambung wat persiapan untuk majlis. Mana taknya, harinya tinggal berapa je lgi, tp hantaran satu pn aku xsiapkan lagi. Tapi alhamdullillah, dgn pertolongan sedara mara, sepupu2 aku, smuanya berjalan lancar and complete on time. Ehehe..
Ni la hantaran dari aku untuk my beloved hubby..



Sunday, November 15, 2009

^^Lagu Cinta lagi...^^

Sesape yg tgh dlm mood ini...Sila la layan..=))




When you tell me that you love me


  
(Ft. Diana Ross)
Shane:
I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do


Diana:
I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth


All:
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me


Mark:
I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does


Diana:
You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here


All:
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me


Mark:
Ooooooh


Diana:
In a world without you (Mark: world without you)
I would always hunger (Mark: I will always hunger)
All I need is your love


Mark & Diana:
...to make me stronger


All:
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are (Mark: Matter where you are)
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
When you tell me that you love me


Mark:
You love me


All:
When you tell me that you love me




^^Aktiviti Hujung Minggu^^

Hjung mggu ni balik Balok Perdana...Rindu sgt kat Tasya.. Tp aktiviti utama sbnrnya shopping brg khawin yg mane xcukup ag n pos kad jemputan untuk kawan2 yang jauh2.. Alhamdullillah, dah selamat smuanya.. Harap2 dorg smua akan terima kad jemputan tu nanti.. Insyaallah..


Smalam. xpernah seawal itu, aku smpi umah kat Kerteh around 2.30 pm.. Sambung tdo, pnat sgt laaa..
Then, hari ni back to work.. Ade 10 hari ag nk abis praktikal.. Can't wait...Cpt la 10 hari...Huhu

Thursday, November 12, 2009

^^Pengalaman Jadi Helpdesk iPerintis...^^

Spnjg hmpir 2 mggu aku ditugaskan di bahagian Helpdesk ni (jwab call user yg perlukn bantuan dlm apa jua sistem yg digunakan selagi disokong oleh iPerintis & Petronas)
ak xpernah mengalami perkara memalukan ini...Ye, ak malu sgt..Huhu..
Al kisahnya begini...
Ring......Extension helpdesk kat line aku berbunyi...Mulanya aku okey je..Aku jwb la, mcm bsa...
"iPerintis, Hello..."
User tu ckp " Hello, akak, saya nak reset password emel sy la"...
Aku nk ckp "ok, sy nak username cik..." tapi xkuar, ak ckp ape2 pn xkuar tbe2 aku terbatuk dgn sdri..
Ya Allah, ape dh jadi ngan aku ni... User tu pn panik.."Akak, knape?Xsihat ke?..."
Alahai concernnya....Aku ckp "Tunggu jap ye..." dgn suara nk kuar ngn xnak sama byk je n tersekat2..
User tupn tggu la smpi aku habis batuk, suara aku clear, bru dia ckp...Lama gak dia tggu smpi peti suara aku ok..huhu
Aduss.. Nasib baik la user ni sporting..Xmarah2, xckp bukan2..Tapi yg pasti...AKU MALU...huhu

^^ Bunting Khawin..^^


Bunting ni dh siap, tgu masa untuk digantung..=))

^^Renungan dan Peringatan Bersama (Amaran untuk diri sendiri)...^^


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.


Di majlis-majlis keramaian sering berlaku pengumpatan.. sukar untuk dinafikan.. terutama di majlis perkahwinan.. ada tetamu yang hadir datang membawa rahmat, ada yang datang menolak rahmat.. Misalnya, mereka dengan tidak sengaja atau sengaja mengatakan keburukan zahir pengantin seperti membedakan kecantikan pengantin itu dengan yang ini, mengatakan pengantin tidak berseri, mengata tentang makanan yang kurang special, dan macam-macam label lagi.. Ini berlaku kerana mereka kurang faham apa yang dimaksudkan dengan mengumpat… Bagaimana pula semasa berhari raya, sudahkah kita menjaga lidah kita?

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat..






^^ Waiting for this ^^

Skrg dah addicted ble barang online.. So skrg tgh tgu 3bnda..
2 bnda ni untuk aku, for my wedding..=))

Tudung ni hajat di hati nk pakai time akad nikah..
Bli kat sericahaya.com harga RM45 termasuk kos penghantaran..Comey x?





Ni yg kedua, cupcake untuk hantaran ak nnti.. Ni sampel jela, tp pattern yg ak mintak tu lbih kurg cmni la..
Harga xtau lgi brape. Yg ni kna ambik kat tmpt dia. Tp ak bli mlalui online gak dri Farinmecupcakes.com..hehe =)


The last one ni untuk my sweet ank buah, untuk birthday dia yg ke dua tahun. Birthday dia dh lpas 30hb Ogos aritu tp ak xsmpt lgi nk bli ape2.. Bnda sgt cute..ak bli kat Jajakraf.com..harganye RM13...Cute kn?
Tp ni sampel je...hehe

^^ Itulah KetentuanNya....^^

Sjak kwn2 ku tahu ak akn menukar status ku menjadi isteri, rmai yg bertanya, ak xmnyesal ke kwin awal2, xnk enjoy dlu ke… Stiap org ade pndgn mereka sndri tp pada aku, aku pn ade sbb sndri dan yg aku percaya, Tuhan dh tetapkan, dia la jodoh aku dan diusia ini lah ak bertemu jodoh ku.. Matlamat hidup ku bukan nk isi usia ni enjoy dgn kwn2, ke sana sini tnpa terikat dgn ape2 tggjwb, tp matlamat aku, nk membina hidup yg lbih mendekatkn aku dgn Dia, nk ada sebuah kluarga yg bhgia sblum ak menutup mata selamanya.. Tidak bermakna slpas ak berkhwin, ak dh xbleh enjoy dh xbleh meneruskn cita2 ku, ak akn tetap teruskn ape yg aku target slma ni, Insyaallah dgn berkat doa dan restu insan yg dimana terletaknya syurgaku di bwah telapak kakinya nnti, Tuhan akn lbih memudahkn perjalanan hdupku di masa depan..Amin.


Ak bersyukur dia sudi terima aku seadanya, hidupku yg serba kekurangan, sanggup bersusah sng bersama ku, byk berkoban masa tenaga untukku dan sentiasa melapangkan aku di saat kekusutan dtg. Dia la yg pertama, yg sntiasa ade, menangis bersama, ketawa bersama, aku bersyukur sgt2… Dgn ade nya dia, ak xrasa ak berseorangan dlm mengharungi apa jua dugaan dlm hdup ni..


Dan ak ingin mengucapkan rasa kasihku yg tidak terhingga pada satu2nya insan yg bakal mengisi kekosongn hidupku, membina kehidupan baru bersamaku…Dia la bakal suamiku, insan yg paling aku sayang selain ibuku, dia la Cik Mohd Nazrin bin Othman… Sue sayang abg sgt2….
Doakanlah kebhagiaan kami bersama hingga ke akhir hayat  kami dan semoga majlis perkahwinan kami nanti berjalan dgn lancar tanpa ada perkara yang tidak diingini  berlaku…AMINNNNN.

^^ Persediaan Khawin...*wink* ^^

Aduh…Lama sggguh xupdate blog ni kn… Byk cte nk tlis tp sbb cbuk byk yg kna delay dlu.. Kali ni nk ckp persediaan kahwin la ek.. Ape lagi kalau bukan dari segi persiapan barang2. Haritu lpas dh siap isi borg, hntar kat pejabat kadi, apelagi shopping barang hantaran la… Mmg agk lmbt cri barang hantaran sbb kna tgu cik abg ade kat umah, dpt cuti dlu.. Keje offshore mcm dia tu seminggu atau 2 mggu sebulan bru ade kat umah.. Time tu smpt la cri brg, klau nk tgu lg mmg dh xsmpt sbb lgi 2,3 hri lpas ni dia dh nk g offshore smula…Huhu…
Alhamdullillah, dlm dua hari dh setel smua brg untuk hantaran tidak termasuk kek, coklat dan yg lain2 la yg sewaktu dgnnya.. Tp ak xsempat lgi nk gubah hantaran tu sbb brg2 untuk hiasan xde ag, + ak pn tgh praktikal lagi. Tgu hjung mggu jela.. Nk tgk ape brg2nya, nnti tgu hri mjlis dlu la bru bleh tgk…hehe..
Kad jemputan pn dh siap, dh separuh dh habis dh distribute, tggal lgi kad jemputan spesel untuk kwan2 aku yg akan pulang bercuti hjung tahun nnti, bru ak nk pegi umah dorg g bgi kad jemputan..Harap2 smua dpt dtg. Nk sgt jumpa kawan2 lama zaman sklah dulu…Rindu sgt nk tgk dorg..Cikgu2 pn ak jemput jgk.. Ye la, hari bahagia kn, kalau bleh nk smua kwan2 dtg raikan, meriahkn majlis ak nnti..Xsabar nk jmpe korg smua…=)

Wednesday, October 21, 2009

^^Lagu Kami..^^

Dari dulu smpi skrg n bile2 pn ak tetap suka lagu ni..best..

Nothing's Gonna Change My Love For You

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you...

CHORUS:
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I LOVE YOU
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I LOVE YOU
The world may change my whole life through
But NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU!

If the road ahead is not so easy
Our love will lead a way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you

Sunday, October 18, 2009

^^Sebelum Akad Terlaksana...^^

Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Moga kau mengerti setiap bicaraku..

Dariku,

Bakal isterimu

Friday, October 16, 2009

^^The Best Raya with My Friends^^

Raya kali ni ak berpeluang konvoi ngan member kacik ak, Nadiy ke umah kawan-kawan lama time sklah rendah dlu. Nadiy dh pn ade kete sdri (MyVi SE black yg ak nk sgt tu..). Tu la bertuahnya ade parents yg agk snang.. anyway, crta pasal raya ni, hari raya pertama ktorg mula kol5.30 ptg.. Yg ade time tu ak, nadiy, faris & jang (aka fauzan). Ktorg g beraya umah faris dulu phtu konvoi ke umah farah..
Farah cun skrg..hehe..pstu, g umah t-hah yg kebetulan sebelah umah farah.. Ingatkn nk g salam, jmpe jap je.. Ape borak2 jd lama lak.. Yg nk jd crta, mum si t-hah time tu tgh bakar sate.. Nk tgu mmg xsmpt, sbb dh mgrib time tu.. So, faris plan nk dtg lg mlm raya pertama tu semata2 nk mkn sate umah t-hah.. Ktorg setuju je..(muka xmalu betul..hehe)..
So, ni gmbr versi ptg, ak, nadiy n faris..+ jang yg ambik gmbr..





So, mlm tu ktorg smbung beraya lgi.. Dan, sememangnya ktorg gathered kat umah t-hah lbih kurg lpas mgrib time tu kol 8.30 lbih kurg..apalagi utk hajat sbnar ktorg nk mkn sate..hehe.. Ni la keletah kami apabila dpt ape yg dihajati..



Selera sungguh makan...



Faiz pn join gak mlm tu.. Tgk la happy face nadiy ittew...hehe



Aku pn selera gak mkn...best..


Lpas makan, ktorg (ak,farah, t-hah, nadiy, faris, faiz n jang) gerak g beraya umah Teacher Salina.. Ktorg konvoi 2 kete.. Kat umah Teacher ktorg mkn plak..Tp rendang ayam teacher mmg best la..salute hbis..Org sblh ak yg xpakai tudung tu ntah bpe ketupat dia mkn.. Xhenti2.. (sape la org tu ye...hehe..)
So, ni la gambar yang sempat disnap...









Kol 10.30 mlm bru ktorg blik.. Esk & lusa nya ktorg smbung beraya lg.. Tp xsmpt nk snap gmbr dh..
Will miss this hari raya with you all..Jmpa lagi nnti..=)


Sunday, October 04, 2009

^^ I'm Now Half Way to Be His...^^

Lpas hampir dua tahun kenal, akhirnya hari ni kami diikat dgn ikatan pertunangan.. Sesungguhnya org yg plg happy adalah kami berdua =).. Da yg paling berdebar juga adalah kami berdua jgk.. Majlis agk sederhana, dihadiri sanak saudara yang terdekat dalam keluarga kami.. Tepat hari tersebut, Jumaat, 25 Sept 2009 bersamaan 6 Syawal 1430H maka terikat la kami berdua.. So, these are the pics from the ceremony...

My future mother in law menyarungkan cincin ke jari manis ku.. =)



 Selepas my mum menyarungkan cincin ke jari manis her future son in law... =)



We are going to be together soon... =))
Untuk lagi gambar I already post them in my Facebook..
Selepas perbincangan kedua belah keluarga, majlis kami akan diadakan akhir tahun ni..Insyaallah..
So, from now we are preparing ourselves for the big day..Hope Allah will protect us and give blessing to us..

^^ I Miss Them So Much ^^




Hope to see them soon.. I'm so far away here...

^^Assalamualaikum..^^

Telah lama berhajat nk buka blog sebenarnya..tp hari ni Tuhan makbulkan juga hajat...Alhamdullillah..Well, just for brief explanation about my self..saya still seorang student, bakal menghabiskan satu lagi semester terakhir di UKM dalam jurusan Computer Science..Skrg, tgh menjalani praktikal di iPerintis Kerteh. Dh tggal 2 blan lg nk hbiskn praktikal ni.. Harini Syawal yang ke 15, bersamaan 1430H.. mood-mood raya masih berkeliaran di sana sini dgn kuih raya di ofis, open house staff2 yang xjemu2 menjamu kami student praktikal ni makan free (terima kasih bykkkk )..ok la, terpangjang la plak, td ckp nk yg brief je kn.. so, inilah dnia sy sekarang.. for those yang sudi view, welcome and terima kasih.. sudi2 lah jd kawan saya ye... =)