Sunday, June 15, 2014

Di Akhir Kehamilan..

Tinggal beberapa hari lagi due date saya. Kalau adik keluar betul2 due date, sama birthday la dengan ayah 25 Jun. Tapi sampai ke saat ni, adik still lagi selesa golek2 tendang2 perut ibu. Ibu plak dah tak larat sangat dh ni tapi masih gagahkan diri masuk ofis sebab semester baru dah mula hari ni. Sementara waktu ni saya masuk kelas dulu la ajar ape yang patut sebab nak cuti awal pun mcm malas je, boring jgak duk kat umah. Insyaallah kalau kat tmpat keje hospital pun semakin dekat, senang ape2 bleh terus pegi, barang-barang smua dah standby. Sekarang pun dh rasa sakit2 dh tggu masa nak keluar je kot.. Akan sampai masanya la tu..
Doakan saya yer semoga selamat belaka...

INFO Kehamilan Minggu ke 38
http://3.bp.blogspot.com/-bDypB3UWkIE/TuK1ajBoY_I/AAAAAAAAAIA/NqR_imX4oG0/s320/Kehamilan%2BMinggu%2B38.jpg

Monday, January 20, 2014

Sensitif

Sejak kebelakangan ni emosi sangat sensitif bila tengok cite tv..Terpengaruh kot..Tapi siyes kalau drama pasal ibu ngan anak memang banjir la depan tv.. Sejak jadi ibu ni memang sangat sensitif sikit..

Minggu lepas tengok Drama Aduh Sayang kat tv3 petang rasanya dalam 1.30 hingga 3.30 ptg. Citer pasal mak ayah sambung belajar kat oversea tinggal anak-anak kat umah nenek. Lepas lima tahun tinggal, mak ayah balik anak-anak dah menjauhkan diri konon2 merajuk sebab mak ayah tinggal lama sangat. Padahal mak ayah berkorban pun untuk masa depan dan nak beri yang terbaik pada anak-anak kan. Kalau ikut naluri mak ayah yang sebenarnya takde mak ayah yang sanggup tinggal anak-anak lama-lama. Semua nak tengok  anak-anak membesar depan mata, susah senang bersama. Bayangkan kalau kena pada diri sendiri, sedihnya dahlah tanggung rindu amat sangat kat anak-anak, bila jumpa nak peluk cium pun anak-anak mengelak. Huhu.. saya banjir lagi kat situ macam faham sangat isi hati mak budak2 dalam citer tu. Citer ni dah 2minggu kot tengok, lupa jalan citer yang betul ingat Tiq Zakyah dgn Remy Ishak yang jadi mak ayah.

Malam tadi plak tengok citer Balqis lakonan Puteri Balqis arahan Eirma Fatima. Drama ni sempena Drama Festival TV3. Citer ni saya tengok dengan Safiya. Safiya suka la tengok kakak Balqis dengan suara comelnya tu siap tanya macam-macam, kakak nak buat gpe tu? kakak nak g mane tu? mana ibu kakak?
Jenuh la ibu nak menjawab tapi takpe gak buat teman xrasa sunyi sangat memandangkan ayahnye dah hanyut dengan mimpi siap dengkur lagi.

Ok, balik pada drama Balqis ni menurut Eirma Fatima drama ni adaptasi kisah benar dan ditujukan untuk adik Puteri Balqis, pelakon utama cite ni. Kisahnya Balqis ni berusia 5tahun tinggal dengan hidup serba kekurangan dengan ibu dan ayah dia di sebuah rumah usang di sebuah kampung. Walaupun hidup susah, ibu ayah dia sangat pentingkan pendidikan untuk Balqis ni. Ibu ayah dia cuma kutip barang-barang terbuang untuk sara hidup mereka tiga beranak. Satu hari, ibu Balqish ni bincang dengan ayah dia lagi 2 tahun Balqis nak kene gi sekolah tapi hidup mereka masih tak berubah. Mereka bimbang la macam mana Balqis nak sekolah klau hidup susah macam tu. Ibu Balqis ni dah dibuang keluarga sebab keluarga dia xrestu kahwin dengan ayah Balqis tu.

Pastu ayah si Balqis ni bawak keluarga dia pindah ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mencari masa depan yang lebih baik. Sampai di KL, mereka tak tahu nak tuju ke mana sebab duit pun tak ada. Mereka terpaksa menjaja pakaian yang mereka ada dari dalam beg pakaian di kaki lima untuk dapatkan sedikit duit untuk keperluan. Mereka tumpang tidur depan kedai tayar beralaskan kotak. Puas cari keje xdapat. Satu malam tu masa tiga beranak tengah tidur, Balqis rasa nak terkencing, dia bangun pegi tadah air paip. Tiba-tiba, datang Bangla mana ajak pegi toilet dia temankan.. Bila ibu ayah Balqis sedar pagi esok, merata-rata cari Balqis tapi akhirnya jumpa Balqis tapi ade darah di seluar Balqis. Kesianya tiga beranak tu time ni, malang bertimpa-timpa.. Lepas tu, ayah Balqis ni dapat keje kat kedai tayar tempat mereka tumpang tidur tu. Tauke kedai tayar tu bagi mereka tidur dalam kedai sambil-sambil jaga kedai. Tauke ni pulak jenis banyak hutang. Malam tu, ade gangster datang mintak hutang halau tiga beranak ni dari kedai tu. Bawak la diri tak tahu nak pegi mana dengan hujan lebat plak tu, terpaksalah berteduh di taman permainan. 

Dalam masa berteduh tu, ade pasangan suami isteri nampak kalut2 cari tempat sembunyi sebab ade orang kejar mereka ni. Bila hujan dah berenti, suami isteri ni tegur ayah Balqis dan ajak mereka tiga beranak ke rumah mereka. Mereka ni ade dua anak. Ingatkan orang baik-baik.. Rupanya keje haram jugak mereka tu..Lepas duduk dengan mereka, ibu ayah Balqis terpaksa ikut mereka jadi perompak. Mula-mula takut tapi bila dah nampak hasil sekali, ayah si Balqis ni rasa ok nak ikut buat lagi. Ibu Balqis dah rasa takut la lagipun takkan nak besarkan anak dengan duit haram.

Satu malam tu, masa tengah merompak, mereke ni kantoi. Ayah Balqis sempat lari tapi ibu Balqis kene  tangkap dengan orang yang jaga kedai tu kot (tak pasti). Puas merayu mintak dilepaskan tapi akhirnya dia ditikam dan mati kat situ. Ayah Balqis ni dpat tengok dari jauh jela isteri dia kene bunuh. Tragis sungguh time ni... Menyesal pun takde guna dah. Ayah Balqis balik rumah bawak Balqis keluar dan pegi hospital untuk tengok mayat ibu dia. Tapi ayah Balqis ni tak nak mengaku mayat tu mayat isteri dia takut kene tangkap..
Kesian dua beranak ni, terpaksa la membawa diri nak mulakan hidup.

Masa berganti masa, akhirnya bila ade modal sikit ayah Balqis buka kedai di Chow Kit jual baju jersi dgn T-shirt tu. Balqis ni tolong la ayah dia jual baju sambil2 belajar sendiri guna buku latihan ayah dia beli. Kesian Balqis ni pagi1 dah kluar malam baru boleh balik. Bali jer terus tido kepenatan. Satu hari Eirma Fatima ade buat penggambaran kat kawasan Chow Kit tu dan nak pelakon budak lorong. Rezeki dah kot, kebetulan Balqis lalu kawasan tu dan dipanggil untuk jadi pelakon tambahan. Dari situ la Balqis ni belajar jadi pelakon, mula-mula xde dialog, pastu ade dialog. Dapatlah duit dari berlakon tu, ayah dia bagi Balqis simpan semua dalm tabung dia. Satu hari ayah Balqis baca iklan nak cari pelakon kanak-kanak dalam surat khabar.
Ayah Balqis bawak dia pegi audition dan Balqis diterima jadi pelakon. Mula dari situ la, rezeki Balqis semakin bertambah. Ayah dia jadi pengurus dia, sikit2 kumpul ayah dia beli hp senang orang-orang nak call untuk tawarkan Balqis berlakon. Kemudian rezeki semakin bertambah, dua beranak ni dapat pindah ke rumah yang lebih selesa sikit.

Di hari lahir Balqis, ayah dia bagi surprise, dia belikan kereta untuk mudah Balqis ke mana-mana. Balqis gembira tapi mintak satu lagi hadiah nak ke hospital tempat ibu dia disimpan (dalam bilik mayat tu). Tapi mereka tak masuk, duduk depan hospital sambil Balqis berdoa untuk ibu dia.. Kat sini sangat la terkesan di hati, banjir berganda2 la... Malam tu Balqis kene pegi Anugerah Skrin. Alhamdullillah dia berjaya dapat Anugerah Artis Harapan Pentene..Pastu TAMAT.

Cite ni banyak bagi kesedaran pada diri sendiri dan sememangnya kita akan sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak walaupun bergadai nyawa sebab anak-anaklah nyawa kita..

Photo: Telemovie "balqis" Sunday,19january,10pm tv3
Ni masa Balqis berdoa depan hospital untuk arwah ibunya...

Photo: Telemovie "balqis" 
Ni Balqis dengan ibu dia..
Tengok di SINI yer

Sunday, January 05, 2014

Perginya Satu-satunya Nenda Kami

17 Disember 2013 yang lepas, tengahari dalam kol2.00 petang. Lepas solat Zohor, saya baring sekejap untuk rehat. Tibe2 dapat call dari Achik (adik). Sebelum jawab call tu, sy dah agak "dah sampai masa ni....".
Ye, memang akhirnya hari yang dijangka berlaku berlaku jua harinya, nenda yang kami panggil mok telah pergi selamanya. 

Saya call cik abang dan terpaksa cancel klas pkul 2.30 petang tu. Bila cik abang sampai, singgah umah kejap ambik baju barang-barang Saffiya yang mane patut, terus gerak balik Bachok. Katanya Achik, nak kebumi arwah sebelum maghrib. 

Kami sampai lebih kurang 5.15petang, masa tu orang dah ramai kat umah mek dan arwah sedang dikafankan. Mok meninggal dalam usia 99 tahun, dah bertahun sakit tua dan mek (mak saya) yang jaga dibantu Achik. Mek kata, mok selalu sebut mas dia ingat dia nak mati hari Selasa, dia nak mek buat tahlil selama 7hari, dan panggil orang ngaji untuk dia. Memang termakbul la arwah nak meninggal hari Selasa. Lepas kafan, kami bergilir-gilir cium arwah buat kali terakhir, sebak hanya Allah yang tahu.

Lepas siap solat jenazah, dalam 6.15 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan diusung ramai2 oleh cucu-cucu arwah. Saya dan Saffiya pun ikut sekali tapi tak tunggu sampai habis talkin sebab dah nak Maghrib masa tu. Saya tiga beranak je antara yang duk jauh yang sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan. Adik-beradik saya, cucu-cucu arwah dan ada anak arwah jgak tak sempat sampai sebab masing-masing duk jauh. Tak apela, yang penting semuanya dah selamat dan arwah pergi dengan tenang menguruskan jenazah arwah pun Allah permudahkan.

Malam tu, ada tahlil la kat umah mek. Kami 3 beranak stay lagi sebab saya decide nak cuti esoknya. Untuk menunaikan permintaan arwah, mek akan buat tahlil 7 malam dan panggil orang ngaji untuk arwah. So, tak pela saya akan stay untuk tolong mek mane yang patut. Malam lepas tahlil malam kedua, kami bertolak balik sebab saya kene keje esoknya (khamis) sehari lagi. Lepas keje petang Khamis kami gerak balik Bachok semula stay sampai lepas tahlil malam kelima, esoknya Ahad saya keje.

Semoga Allah limpahkan rahmat kepada arwah mok dan tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman.. Al-Fhatihah...