Monday, March 29, 2010

^^Kisah Penjual Aiskrim...^^

Post kali ni khas ditujukan untuk senior,junior & kawan2 sama sekolah tadika dan sekolah rendah dengan aku..
Ini adalah sebahagian daripada kenangan kita zaman kecik2 dulu....


Setiap kali balik, kebetulan pergi mana-mana dalam waktu tengahari mcm tu, mesti akan terserempak dengan pak cik jual aiskrim ni. Kalau tak pergi mane2 pun, petang2 dia akan lalu depan umah jual aiskrim. Aku sangat kagum dengan kegigihan pak cik ni. Dari aku sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah dah berapa belas tahun ntah, dia setia dengan pekerjaan dia tu. Kiranya, aku pun membesar dengan ais krim jualan pak cik ni la. Aiskrim jualannya mmg homemade and sedap. Sangat perfect rasanya tiap2 perisa yang dibuat.


Aku tak tahu dah berapa umur dia. Tapi dulu masa aku sklah dia xde uban lagi. Skrg dh byak rambut putih. Aku agak dah ramai anak-anak pak cik ni dah berjaya berkat aiskrim jualan ayah mereka. Dan aku rasa pak cik ni dah cukup senang sekarang berkat usaha keras dia selama ni. Tapi, mungkin minatnya dan tak kenal erti penat lelah menyebabkan dia terus meneruskan kerjayanya sehingga kini. Tak kira hujan, panas, ribut, pak cik ni tetap round satu kampung dengan motor kapcainya, setia membunyikan loceng untuk menjual aiskrimnya. Dulu, musim hujan, aku pernah tengok dia berteduh bawah pondok dekat umah aku tu sebelum sambung jual aiskrim lpas hujan reda.. Betapa gigihnya dia...


Aku harap anak-anak aku nanti akan sempat merasa salah satu kenangan manis ni sama macam zaman aku kecik dulu... Supaya dorg tahu, betapa kegigihan itu sangat penting untuk meneruskan hidup ni.. 
Untuk Pok Mat, saya sangat kagum dengan kegigihan Pok Mat dari dulu sampai sekarang.. Terima kasih, sebab masih ingat saya..Hehe...
Untuk kawan-kawan yang same sklah dulu, mesti anda smua kenal kan pak cik jual ais krim tepi pagar sekolah kite dulu...



P/S Kenangan ni xkan mampu diulang lagi...Huhu

^^ Sangat Tak Suka ^^

Serius, aku sangat tak suka perasaan yang aku ada sekarang. Dah cuba buang jauh-jauh tapi tetap xnak ngalah gak.. Aku nak faham dan terima situasi ni, tak nak dah menyerabutkan dia.. Sebab dia dah usaha untuk berubah dan belajar dari silap dia... Cuma masalahnya, aku.. Aku tak tahu knape aku macam ni.. Ye, aku sayang dia sangat2.. Dia la segalanya bagi aku... 


Ni la akibatnya, bila encik suami dah lama ada kat umah and suddently kna move to other place.. Dan aku telah merelakan dia pergi dengan perasaan yang sangat terpaksa.. Aku tak suka sangat keadaan ni.. How I wish dia cepat2 balik... Aduss, kalah lagi dengan perasaan ni... Sangat perlu muhasabah diri sendiri...Arrggghhh, aku tak suka...

Monday, March 15, 2010

^^ Cerita Tentang Kawen... ^^

Hujung minggu lepas, abang aku kawen, abg sulung dalam kami 10 beradik.. Sepatutnya dia dulu la kn, tapi aku dan abg yg kedua dulu kawen baru la dia kawen. Mungkin baru jumpa yang betul-betul berkenan di hati.. Aku sempat pegi majlis resepsi abg aku kat Dewan Bandaraya Kajang.. Ya Allah, terkejut sangat tengok. Wah, sangat grand mjlis dia. Mungkin la kot camtu la cara orang bandar bila buat kenduri khwin. Semuanya catering.. Tema pun sangat grand, black and white.. Cantik.. Aku ajak Wani, Zaty, Bell & Lah join skali. Family dari Kelate xramai sgt yg dtg..Jauh..Yang wajib2 je datang.. Nanti majlis bertandang kat umah kat Bachok plak akn berlangsung hari Khamis, 18hb nnti. So, esok lpas kelas pagi aku akn balik umah lagi.. Then, Rabu bru pegi sana. Kna jumpa encik suami dulu esok..Rindu...hehe


Musim cuti sekolah ni, ramai plak org kawen, abg aku ni termasuk la kn. Byk gak aku tengok kat facebook gmbr khwin yg member2 upload, xkira la kakak dorg ke, abg dorg ke, sedare mare dorg pn. Wah, smuanya grand2 la.. Tbe2 terfikir plak kn.. cthnya mjlis abg aku ni, kalau la nk dibandingkan dengan majlis aku. Tersangat lah kecik dan biasanya mjlis aku tu, pelamin aku.. Huhu.. Bestnya dorg.. Tapi, aku bersyukur sebab dream wedding aku tercapai. Sebab, aku nak wedding yang simple & meriah. Di mana, smua sedara2, rakan2 dpt datang ke mjlis aku. Dapat kumpul sedara-mara yg dh lama tak kumpul kat umah aku tu, sangat best. Masak sesame, gotong-royong.. Sangat best.. Dapat kembali rapatkan hubungan kami. Yela, ade yg duk jauh2, jarang-jarang je jumpa. Tapi, time mjlis aku tu, sggup dtg awal, blik lmbt untuk pstikan smunya smpurna.. Tu la slh satu aim aku, nak kumpul smua family... Dan aim aku tercapai jgak.. Meriah walaupun tak grand..hehe..


Setakat tu je la kot, xtau nak kate ape dah.. NNti la aku cerita-ceriti lagi. Esok mau balik jumpa buah hati..hehe... Sblum tu, tgk la gmbr ni, yg biasa2 je & yang grand... jeng,jeng,...
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Yang biase2 aje...=)

~
~
~
~
Dan, yang grand...=)


=)

Friday, March 12, 2010

^^ I'm Not Perfect... ^^

Hari ni, 11 Mac, hari sedih.. Sedih sangat.. Lepas satu satu dugaan Tuhan beri.. Hati pulak mudah tersentuh.. Panggilan telefon tadi bertambah meremukkan hati.. Tak tahu sape saya harus percayakan.. Macam-macam dah ayat dah diterangkan minta difahami.. Saya tak sempurna. Saya berusaha keras untuk memuaskan hati orang-orang di sekeliling saya, keluarga saya.. Saya tak nak orang mengata bukan-bukan.. Sebab saya dan suami je yang tahu keadaan sebenar.. Orang hanya pandai mengata tapi tak pernah fikir keadaan kami.. Alangkah baik dan bersyukurnya kami andai kalian menolong tanpa bercakap tak elok di belakang.. Andainya kalian tahu, Tuhan sangat menyayangi hambaNya yang ikhlas menolong sesama Islam.. Andainya kalian tahu situasi kami, pastinya kalian lebih memahami kenapa kami berbuat begitu dan begini.. Ada tujuan dan sebabnya, bukan sengaja suka-suka.. 


Ya Allah, kuatkan semangat kami.. Dugaan ini berat... 



Thursday, March 11, 2010

^^ Akhirnya... ^^

Akhirnya, ketiga-tiga paper Mid Sem tiga hari berturut-turut tamat jua.. Entrepreneurship, Network Programming & Analysis and Design of Algorithm.. Semuanya susah yg amat. Even dah study smpai lumat pun kertas still mcm tu jgak..Susah.. Apepun, tawakal jela.


So, dh habis exam rasa nak relax jap malam ni. Nak tgk movie.. So, aku dah prepared 3 movie sama dengan 3 paper exam untuk aku release tension malam ni. Xtau la smpat hbis ke x.. Hehe.. Sebab, lepas ni, mulai esok nak tumpukan pada final year project. Dah lari schedule dh tu pn.. Still xde progress dari 3 mggu lepas. Xtau la nk jadi ape.. 


Last weekend, balik. Mcm biasa la bila dah jadi weekend husband and wife ni, time cuti jela jumpa. Lepas tu masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Situasi macam aku nilah yg menuntut banyak persefahaman antara satu sama lain. Macam-macam dugaan boleh timbul. Jangan ingat orang yang duk dekat je ade selisih faham tau.. Time cuti weekend aje la boleh spend time dengan Mr Hubby, masak sesame, gi pasar sesame, gotong-royong sesame..Smuanya la sesame.. Hehe.. And time ni jugak la kena ambik peluang, smentara Mr Hubby keje kat darat ni. Nanti dah balik smula keje kat laut lagila rindu yang amat.. 


Tu je la kot untuk malam ni. Nanti jap2 ag kalau rajin boleh tulis lagi. Nak sambung tengok My Name Is Khan..daaa


P/S Rindu bantal peluk..=D

Tuesday, March 02, 2010

^^ Fall In Love With This Song.. ^^

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud