Monday, March 29, 2010

^^Kisah Penjual Aiskrim...^^

Post kali ni khas ditujukan untuk senior,junior & kawan2 sama sekolah tadika dan sekolah rendah dengan aku..
Ini adalah sebahagian daripada kenangan kita zaman kecik2 dulu....


Setiap kali balik, kebetulan pergi mana-mana dalam waktu tengahari mcm tu, mesti akan terserempak dengan pak cik jual aiskrim ni. Kalau tak pergi mane2 pun, petang2 dia akan lalu depan umah jual aiskrim. Aku sangat kagum dengan kegigihan pak cik ni. Dari aku sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah dah berapa belas tahun ntah, dia setia dengan pekerjaan dia tu. Kiranya, aku pun membesar dengan ais krim jualan pak cik ni la. Aiskrim jualannya mmg homemade and sedap. Sangat perfect rasanya tiap2 perisa yang dibuat.


Aku tak tahu dah berapa umur dia. Tapi dulu masa aku sklah dia xde uban lagi. Skrg dh byak rambut putih. Aku agak dah ramai anak-anak pak cik ni dah berjaya berkat aiskrim jualan ayah mereka. Dan aku rasa pak cik ni dah cukup senang sekarang berkat usaha keras dia selama ni. Tapi, mungkin minatnya dan tak kenal erti penat lelah menyebabkan dia terus meneruskan kerjayanya sehingga kini. Tak kira hujan, panas, ribut, pak cik ni tetap round satu kampung dengan motor kapcainya, setia membunyikan loceng untuk menjual aiskrimnya. Dulu, musim hujan, aku pernah tengok dia berteduh bawah pondok dekat umah aku tu sebelum sambung jual aiskrim lpas hujan reda.. Betapa gigihnya dia...


Aku harap anak-anak aku nanti akan sempat merasa salah satu kenangan manis ni sama macam zaman aku kecik dulu... Supaya dorg tahu, betapa kegigihan itu sangat penting untuk meneruskan hidup ni.. 
Untuk Pok Mat, saya sangat kagum dengan kegigihan Pok Mat dari dulu sampai sekarang.. Terima kasih, sebab masih ingat saya..Hehe...
Untuk kawan-kawan yang same sklah dulu, mesti anda smua kenal kan pak cik jual ais krim tepi pagar sekolah kite dulu...



P/S Kenangan ni xkan mampu diulang lagi...Huhu

2 comments:

  1. su, mgknkah kita berkongsi pok mat yg sama??

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100000161604384&v=photos#!/album.php?aid=23879&id=100000161604384

    ReplyDelete
  2. lame dop makan ais krim pok mat deh...yumyumyum...rindu plop...hhahah

    ReplyDelete