Tuesday, January 26, 2010

^^ Sangat Mahu... ^^

Wahai PTPTN, cepat la masukkan duit ke dalam Bank Islam ku, aku sangat mahu membeli ini...
Pertama,



Kedua, 


Ketiga, 

Yg last ni boleh la bli kalau masuk sebelum Jumaat, kalau dh lepas Jumaat ni, xjadi la.. Huhu..

^^ Pahit Manis.. ^^

Saat aku tulis post ni, banyak keje dalam list nak kena buat. Tapi tetap degil nak update blog nak hilangkan tension kejap. Malam esok (27/01/2010) aku nak kena balik kampung lagi sebab hari Jumaat ni ada majlis kahwin aku belah pihak lelaki, umah my hubby.. Dah basi pun pengantin ni, tapi majlis tak setel lagi.. Nasib baik xpositif lagi..Hehe.. Kalau tak, my mother in law akan smbut cucu sekali la..


Majlis ni cuma wat majlis kesyukuran dan pada masa yang sama nak sambut menantu jugak untuk abg ki & ayu yang kawen lbih awal (bulan 6 tahun lpas) dari aku & my hubby. Dorang pun dh nak dapat anak, klau xsilap bulan 5 nnti due. So, nnti kenduri sambut menantu ktorg serentak la. Abg ki tu abg pada my hubby. My hubby anak bongsu and dia jgk yg paling last kawen. So, dh abis la adik beradik dia dh kawen. Ayu tu pulak, kalau kira, tua setahun dari aku, baru abis belajar jugak. Kira sama kawen muda jgk la mcm aku..


Ok, itu agenda untuk hujung minggu ini. Nak ceritanya hujung minggu lepas yang aku balik tu. Biasa la namanya baru kahwin, xdpt jumpa selalu plak tu, bila dah jumpa susah nk berenggang. Kemana-mana pun nak ikut.. Hehe


Bila lpas kawen, bru knal my hubby sepenuhnya. Dia byak plak berkongsi cte zaman kcik, zaman muda-muda dia dulu, termasuk lah crite perempuan2 yang dia pernah kenal. My hubby ada prinsip hidup sendiri dalam pilih perempuan. Dari yang aku perhatikan pun, sikap mesra alam dia tu memang wat org pmpuan senang. Mana taknya, anak-anak buah dia yang pmpuan sgt manja dgnnya.. Smpai kadang-kadang aku sdri pun jeles kot..Urmmm... Aku pun xtau aku buat ape, tapi aku cuma jadi diri aku sdri jela kn, tapi my hubby ckp, dalam ramai2 yang dia knal & berkawan, dia senang dgn aku sbb aku je faham dia. Sbb itula, dia ikat aku awal2 xnak bagi org lain potong jalan especially kat U ni.. Begitulah katenyer..


Cite hujung mggu lepas, my hubby bawak aku pegi tempat lepaskan tension dia.. Sangat cantik tempat tu, aku pun rasa nak duk ctu nk buat umah kat ctu.. Ni la antara gmbr2 yang aku ambik...


Belakang tu ada pantai, tengah2 tu ade pulau kecik yang sangat hijau... =)

Air tak pasang lagi time ni..


Sempat lagi posing dengan buah hatiku...hehe

Bila berkongsi byk crite, rasa macam sgt best boleh tau pasal dia. Sebelum ni dia xde plak nak crite ape2 time kapel dulu.. Terasa sangat bersyukur sebab dh ada tempat untuk berkongsi apa je tanpa ada batas dan had.. Alhamdullillah.

~ Sue sayang abg... ~

Monday, January 25, 2010

^^ A Little Sacrifice... ^^

Sangat lama tak mengupdate.. Sebabnya, sangat busy dengan assignment dan tesis yang tak pernah putus-putus.. Dan sangat busy berulang-alik Setiu-UKM hampir setiap minggu Januari ni.. Weekdays jadi student, weekend jadi wife and housewife.. So busy.. Sangat berterima kasih to my hubby kerana semasa ketiadaanku di rumah, my hubby menjagakan ibuku untuk aku.. That things that I myself cannot repay him...
PTPTN tak masuk2 jugak lagi.. Kesian my hubby kena tanggung fully makan minum, tiket pergi balik, keperluan belajar aku kat cni.. Hehe, xpe bang, nnti sue belanja makan ek..
I love him so much... Tak pernah mengeluh walaupun pening pk hal duit saat2 kritikal ni... 
Anyway, ktorg dah start bussiness.. Nak tahu ape, klik la kat cni ek... WonderStuff

Ok, nnti la sambung cerita lagi.. Banyak lagi nak crite tp kna buat keje dulu.. Dah blurrr ni.. Daaa..

Friday, January 08, 2010

^^Kasih Ibu Untuk Anak Tunggalnya..^^


Sangat tersentuh melihat situasi ini waktu pegi kafe nk makan petang td... Miss my mum already... Huhu

^^Niat Baik Allah Akan Kabulkan...^^

Dalam keadaan terkejar-kejar uruskan banyak benda, sempat pegi FST untuk mendaftarkan diri menjadi penderma darah setelah hmpir setahun xderma..Huhu..Hari ni hari last, so kna pegi jgak..Bell temankan..Niat hatinya nak derma sekali dgn aku tapi apakan daya dia xckup besi. Bukan besi yang pejal tu tapi Besi dalam Hemoglobin..Hehe.. Kesian dia, dah 4 kali dah niat nak derma darah tp still xboleh sbb masalah besi tu. 
Aku, alhamdullillah.. Besi aku cukup. Keseluruhan proses before derma darah smooth, xde ape2 msalah. Time cucuk, for the first time aku kna cucuk lengan belah kiri. Sebelum2 ni belah kanan jer yg kena.. Dah lebuk dah belah kanan tu bekas cucuk.. Urat belah kiri memang aku sedia maklum, susah ckit nk jmpa. Lama gak la akak nurse tu trun naikkn tgn aku, suruh aku gengam kuat2 bg urat timbul. Alhamdullillah, ade jgk ko urat. Nasib baik aku xsempat majuk...Huhu.. Akak misi tu cucuk la dgn jarum kecik n jarum besar yang nk bagi darah kuar tu.. Terima kasih sgt2, sbb time akak misi tu cucuk, xsakit sangat pun mcm sblm2 ni. Pandai betul la, patutla jd misi..Hehe.. 


Alhamdullillah, dengan seikhlas hati aku nak dermakan darah aku ni untuk mereka2 di luar sana yang lebih memerlukan. Supaya mereka masih berpeluang menikmati hidup mereka lebih lama lagi bersama yang tersayang2. Orang-orang lain yang derma pun, aku tahu mesti niat dorg sama gak mcm aku.. Niat Bell pun mesti sama kan, tapi nak buat cmne, Tuhan belum izinkan lagi.. Takpe Bell, niat yang baik Allah akan kabulkan..


Kepada sesiapa yang belum terbuka hati dan takut2 lagi nak derma darah tu, berani2 lah mencuba. Selain beramal, kita jugak berasa lebih sihat kerana darah baru akan dihasilkan dalam badan kita.. Tak cuba , tak tahu... =)) 


Bukti...Ehem,ehem..

Tuesday, January 05, 2010

^^Life is Different...^^

Ramai jugak yang tanya, apa beza hidup dulu dan hidup sekarang... I say, yes, it's totally different. Hidup alam rumahtangga lain yang amat daripada hidup single macam most of you, my dear friend..


Kalau dulu, nak makan, xnak makan, semua ikut suka. Kalau malas, masak maggi pun xpe, xpun wat air milo makan dengan roti kosong..Tu pn dah best. 
Tapi sekarang, kita dah ade seseorang yang kite perlu ambik tahu makan minumnya. Takkanla nak wat maggi dengan alasan malas la nak masak... Alih2, nnti dia cabut pergi kedai, makan kat kedai cakap org umah xnak masak..X ke malu..Huhu
Bangun pagi2, mesti kena masakkan breakfast untuk dia, buatkan air feveret dia.. Tengahari, before 2.00pm kena ready lunch , buat la apapun yang dia suka. Then, for dinner, si dia xkesah, kalau ada yang baru dimasak pn xpe, yang tengahari tadi pun xpe..
Semua hal ehwal hdup dia mesti kita perlu ambik berat.. From the smallest thing to the biggest thing perlu ambik tahu..
Kalau dulu, masa couple xpenah2 pun terfikir kena buat ni semua. Fkir kena jaga perasaan je.. Sampai masa dating, keluar makan kat luar...
Tapi sekarang ni semuanya berlaku in real time. Orang yang kita duk kuar dating sama2 dgn kita selama ni dah hidup bersama kita.. Perkara pasal dia yang dulu kita xtau semuanya kita dh tau...


Semua ni memenatkan ke?


Perkara-perkara ni tak dipaksa pun untuk kita buat. Ntahla, susah nk explain, bila kita sayangkan seseorang, mesti kita nak buat yang terbaik untuk dia kan. Walaupun penat dan susah payah, bila kita berjaya buat sesuatu yang dia suka, rasa penat tu hilang. Yela, untuk siapa lagi hidup kita kalau bukan untuk dia yang kita sayang selain pada yang Maha Esa.. Bila lihat si dia makan apa yang kita masak sampai 2,3 kali tambah (walaupun kdg2 sedap kdg2 tak), semua tu ckup membahagiakan.. At least, dia menerima apa yang kita mampu buat seadanya.. 


Semua ini bakal dialami oleh anda semua.. Perasaannya sangat berlainan. Bahagianya sangat berlainan berbanding alam couple tapi tanggungjawabnya sangat berat. Pada Allah juga kita mintak pertolongan agar dipermudahkan segalanya....Amin..


P/S My hubby, cepat2 la balik... Windu...



^^Thesis...Thesis..^^

Sangat ngantuk tapi tetibe sangat teruja nk update blog after jengah ke blog seseorg yang bru diupdate..Hehe..Demam tesis final year aku dah bermula. Malam tadi sangat sibuk menyiapkan proposal nak bagi SV pg td. Then, kalau smpat nk hantar terus kat Ofis Jabatan. Alhamdullillah, lpas berjaga malam dan dalam keadaan pening-pening bangunpergi ke kelas, lepas first time go through my draft proposal Mr SV aku terus accept. Tapi kena baiki ckit2.. Lepas baiki terus hantar ke Ofis Jabatan. Alhamdullillah. Terasa hilang sedikit beban atas kepala ni. Tapi... yang menanti nanti lagi dahsyat dan tough dari proposal. Ni baru je proposal, dah nk tercabut otak ni pkir ayat. Tapi, harap-harap jugak semuanya akan berakhir dengan jayanya.. Hopefully...


Then, lpas habis thesis ni, boleh la berangan terima skrol ijazah masa konvo nnti. Huhu, xsabar rasanya..

Saturday, January 02, 2010

^^Story About My Sister^^




This is a story about my sister. Before that, let me introduce who are the three ladies in this picture.. From the left, the one that I will take about in this post is my sister after me, Achik. She is holding Irsyad Bazil, Kak Long's only son (for this moment). In the middle of us is Kak Long, and on the right is me of course. Only three of us wearing glasses in our family. 


Let me start the story about my sister.. The saddest thing about her is she has glukoma. A kind of disease that attack our eyes that make our sight from day to day become narrow and narrow. I don't know where it comes from but as long as my family know, no one in our family had experience this type of disease before. She still young to have this hardship, only 19. Because of this, she have to skip her study for one semester because she will have second operation to her eyes in this January at HUKM. I pray that she will have strength to face all of this test from Allah and Allah will give her a bright future..


This is a brief description about glukoma.. (in Malay):  




Glukoma tiada penawar




Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my






Rawatan diberi hanya titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat bertujuan mengelak kebutaan


KEBANYAKAN faktor penyakit sering dikaitkan dengan sejarah kesihatan keluarga. Bagaimanapun, di negara ini dan di kebanyakan negara Asia, sejarah perubatan keluarga ada kalanya tidak lengkap.


Sejarah perubatan mengenai masalah mata misalnya, jarang diberi perhatian apabila ramai yang tidak tahu mereka berisiko diserang glukoma kerana tiada anggota keluarga sebelum ini mendapat rawatan.


Berbeza dengan katarak, glukoma adalah penyakit yang diwarisi dan boleh terjadi kepada mereka yang mengalami trauma pada mata. Paling utama, tiada ubat untuk glukoma dan ia boleh menyebabkan buta.


Glukoma penyakit yang progresif. Biasanya seseorang itu hanya menyedari mengalaminya selepas penyakit itu pada tahap akhir. Pada waktu itu, tidak banyak yang boleh dibantu kerana saraf matanya sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.


Jika katarak boleh sembuh dengan pembedahan, tetapi tidak pada glukoma. Glukoma hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Walaupun pembedahan boleh dilakukan tetapi ia tidak banyak membantu.








Pakar Runding Optalmologi, Pusat Pakar Mata Vista, Dr Shamala Ganesan, berkata ramai orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan glukoma.


“Glukoma selalu dirujuk sebagai pencuri senyap kerana kerap kalinya tekanan di dalam mata menjejaskan penglihatan tanpa simptom yang jelas. Glukoma bukan satu entiti penyakit tetapi sekumpulan masalah mata yang secara perlahan-lahan menjejaskan penglihatan.


“Akhirnya, tanpa rawatan, glukoma boleh menyebabkan buta berikutan kerosakan pada saraf optik,” katanya.


Dr Shamalam berkata, glukoma menyebabkan saraf optik di belakang mata rosak perlahan-lahan. Bagi kebanyakan orang, peningkatan tekanan dalam mata menjadi punca dan menyebabkan sekatan pada pusingan cecair (aqueous) dalam mata.
Bagi pesakit lain pula, kerosakan itu mungkin berpunca daripada kekurangan bekalan darah kepada saraf fiber optik utama, kelemahan pada struktur saraf atau masalah pada saraf fiber itu sendiri.


Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 4.5 juta orang di seluruh dunia menjadi buta disebabkan glukoma dan angka ini dijangka meningkat kepada 11.2 juta pada 2020.


Namun, angka ini disifatkan sebagai tidak tepat kerana di seluruh pelusuk dunia, terutama di negara miskin, tidak ramai yang tahu dan tampil untuk membuat pemeriksaan mata atau menerima rawatan untuk glukoma.


Dianggarkan 60.5 juta orang akan mengalami glukoma pada 2010, dengan jumlah warga tua yang meningkat. Glukoma dijangka menyerang 80 juta orang pada 2020.


Dr Shamala berkata, glukoma progres sifatnya, hampir 50 peratus mereka yang didiagnos dengan glukoma tidak pernah menyedari simptom yang dialami. Biasanya, glukoma dikesan pada usia 50 tahun ke atas.


Di Malaysia, glukoma yang paling biasa adalah jenis glukoma terbuka. Glukoma jenis ini dikaitkan dengan peningkatan tekanan cecair di dalam mata. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan akhirnya buta.


Setakat ini, tiada ubat untuk glukoma tetapi pemeriksaan awal terutama bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang mengalami glukoma boleh dilakukan pada usia 30 tahun ke atas.


Oleh kerana tiada ubat menyembuhkannya, rawatan yang diberi hanyalah titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat. Ia bertujuan mengelak kebutaan. Namun, prekripsi ubat-ubatan banyak bergantung pada keadaan pesakit itu.


Jenis-jenis glukoma:
• Glukoma utama
o Glukoma sempit (narrow angle glaucoma)
o Glukoma terbuka (primary open angle glukoma - POAG
o Glukoma tekanan normal (normal pressure glaucoma)


• Glukoma sekunder
o Glukoma pseudoexfoliative (glukoma yang disebabkan sindrom gangguan berkaitan penuaan)
o Glukoma pigmentary (glukoma yang disebabkan pengumpulan pigmen iris berlebihan)
o Glukoma yang disebabkan trauma
o Glukoma neovaskular (berikutan komplikasi masalah diabetes misalnya)
o Glukoma konjenital (di kalangan bayi dan dikesan sejak lahir)




Siapa yang berisiko alami glukoma
• Mereka yang berusia 50 tahun ke atas
• Sejarah keluarga dengan glukoma
• Merokok
• Trauma pada mata
• Mereka yang menderitai diabetes, tekanan darah tinggi
• Rabun jauh


• Simptom:
• Glukoma terbuka
o Lihat penglihatan perlahan-lahan (peripheral) selalunya membabitkan kedu*a-dua mata
o Penglihatan sehala seakan terowong pada tahap yang teruk (tunnel vision)


• Glukoma sempit
o Sakit mata yang serius
o Muntah dan pening diikuti dengan sakit mata
o Penglihatan kabur


o Mata merah

^^Azimat Perkahwinan^^


Wahai insan, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.
1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK


Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.


Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Friday, January 01, 2010

^^Hari Pertama Tahun Baru...^^

Hari ni kat blok takde air, segala urusan sangat susah.. Sebab pertama saya takde mood.


Hari ni saya tahan lapar, tak selesa nak turun ke kafe.. Sebab kedua saya takde mood.


Hari ini saya buntu camne nak wat proposal projek akhir.. Sebab ketiga saya takde mood.


Hari ini saya kira bilangan hari my hubby akan balik, uuuhhh, lambat lagi... Sebab utama saya takde mood...


P/S Selamat Tahun Baru... 2010