Friday, January 08, 2010

^^Niat Baik Allah Akan Kabulkan...^^

Dalam keadaan terkejar-kejar uruskan banyak benda, sempat pegi FST untuk mendaftarkan diri menjadi penderma darah setelah hmpir setahun xderma..Huhu..Hari ni hari last, so kna pegi jgak..Bell temankan..Niat hatinya nak derma sekali dgn aku tapi apakan daya dia xckup besi. Bukan besi yang pejal tu tapi Besi dalam Hemoglobin..Hehe.. Kesian dia, dah 4 kali dah niat nak derma darah tp still xboleh sbb masalah besi tu. 
Aku, alhamdullillah.. Besi aku cukup. Keseluruhan proses before derma darah smooth, xde ape2 msalah. Time cucuk, for the first time aku kna cucuk lengan belah kiri. Sebelum2 ni belah kanan jer yg kena.. Dah lebuk dah belah kanan tu bekas cucuk.. Urat belah kiri memang aku sedia maklum, susah ckit nk jmpa. Lama gak la akak nurse tu trun naikkn tgn aku, suruh aku gengam kuat2 bg urat timbul. Alhamdullillah, ade jgk ko urat. Nasib baik aku xsempat majuk...Huhu.. Akak misi tu cucuk la dgn jarum kecik n jarum besar yang nk bagi darah kuar tu.. Terima kasih sgt2, sbb time akak misi tu cucuk, xsakit sangat pun mcm sblm2 ni. Pandai betul la, patutla jd misi..Hehe.. 


Alhamdullillah, dengan seikhlas hati aku nak dermakan darah aku ni untuk mereka2 di luar sana yang lebih memerlukan. Supaya mereka masih berpeluang menikmati hidup mereka lebih lama lagi bersama yang tersayang2. Orang-orang lain yang derma pun, aku tahu mesti niat dorg sama gak mcm aku.. Niat Bell pun mesti sama kan, tapi nak buat cmne, Tuhan belum izinkan lagi.. Takpe Bell, niat yang baik Allah akan kabulkan..


Kepada sesiapa yang belum terbuka hati dan takut2 lagi nak derma darah tu, berani2 lah mencuba. Selain beramal, kita jugak berasa lebih sihat kerana darah baru akan dihasilkan dalam badan kita.. Tak cuba , tak tahu... =)) 


Bukti...Ehem,ehem..

No comments:

Post a Comment