Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, January 05, 2014

Perginya Satu-satunya Nenda Kami

17 Disember 2013 yang lepas, tengahari dalam kol2.00 petang. Lepas solat Zohor, saya baring sekejap untuk rehat. Tibe2 dapat call dari Achik (adik). Sebelum jawab call tu, sy dah agak "dah sampai masa ni....".
Ye, memang akhirnya hari yang dijangka berlaku berlaku jua harinya, nenda yang kami panggil mok telah pergi selamanya. 

Saya call cik abang dan terpaksa cancel klas pkul 2.30 petang tu. Bila cik abang sampai, singgah umah kejap ambik baju barang-barang Saffiya yang mane patut, terus gerak balik Bachok. Katanya Achik, nak kebumi arwah sebelum maghrib. 

Kami sampai lebih kurang 5.15petang, masa tu orang dah ramai kat umah mek dan arwah sedang dikafankan. Mok meninggal dalam usia 99 tahun, dah bertahun sakit tua dan mek (mak saya) yang jaga dibantu Achik. Mek kata, mok selalu sebut mas dia ingat dia nak mati hari Selasa, dia nak mek buat tahlil selama 7hari, dan panggil orang ngaji untuk dia. Memang termakbul la arwah nak meninggal hari Selasa. Lepas kafan, kami bergilir-gilir cium arwah buat kali terakhir, sebak hanya Allah yang tahu.

Lepas siap solat jenazah, dalam 6.15 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan diusung ramai2 oleh cucu-cucu arwah. Saya dan Saffiya pun ikut sekali tapi tak tunggu sampai habis talkin sebab dah nak Maghrib masa tu. Saya tiga beranak je antara yang duk jauh yang sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan. Adik-beradik saya, cucu-cucu arwah dan ada anak arwah jgak tak sempat sampai sebab masing-masing duk jauh. Tak apela, yang penting semuanya dah selamat dan arwah pergi dengan tenang menguruskan jenazah arwah pun Allah permudahkan.

Malam tu, ada tahlil la kat umah mek. Kami 3 beranak stay lagi sebab saya decide nak cuti esoknya. Untuk menunaikan permintaan arwah, mek akan buat tahlil 7 malam dan panggil orang ngaji untuk arwah. So, tak pela saya akan stay untuk tolong mek mane yang patut. Malam lepas tahlil malam kedua, kami bertolak balik sebab saya kene keje esoknya (khamis) sehari lagi. Lepas keje petang Khamis kami gerak balik Bachok semula stay sampai lepas tahlil malam kelima, esoknya Ahad saya keje.

Semoga Allah limpahkan rahmat kepada arwah mok dan tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman.. Al-Fhatihah...


No comments:

Post a Comment