Tuesday, December 24, 2013

Outstation

Last two weeks, sy ke KL 4 hari, Bengkel Pengajaran di UTM Jalan Semarak dengan UKM Bangi. Kalau tahun lepas, saya bawak abang dengan Saffiya sekali, tapi kali ni bimbang jgak nak pegi sendiri sebab masa tu tengah banjir kat Kemaman dgn Kuantan. So, sy decide pegi dengan bus kolej yang dah disediakan. Di awal trimester ni, memang naik bus pun duduk xselesa sakit pinggang, sakit belakang, mcm2 la. Perjalanan pulak mkn msa +-9 jam jgak sblum smpai hotel sbb mcm biasa la, kalau ikut bus ni mesti org2 dalam bus ni nk singgah ronda-ronda kat SOGO la, Jalan TAR la. Saya xlarat, sampai Sogo naik tingkat atas lepak kat food court smpai masa nak gerak ke hotel.

Esoknya hari kedua ke UTM dulu. Yg seronoknya gi bengkel ni seronok makan jela. Biasala mkanan kat Kl ni lain sikit dari Setiu, jarang-jarang jumpa jadi sedaplah. Kalau hari2 jumpa muak jgak. Mmg heaven la mkn pg dgn tghari best2. Sesekali ubah angin, ubah selera. Tapi Saffiya kat umah yang kene tinggal tu tetap ingat jgk.. "makan ape la anak aku hrini..."..

Lpas mkn dah setel smua, patutnya gerak la balik ke Setiu, tapi dsebabkan saya dan kawan sorang lagi perlu hadir bengkel di UKM hari lusanya, maka kami stay la kat hotel. Letih jgak kene naik teksi g jauh sikit cri makanan, maknanya kene berdikari la 2hari tu, yela perut ni lapar je nk mkn berat2, tgok roti pun muak dh.
Hari keempat tu ke UKM Bangi. Snagt la mengimbau zaman2 jadi student degree di FTSM dulu, jumpa lecturer2 dulu makan pun best (makan saje..) hehhehe...
Petang tu bertolak balik, rindunye Saffiya, kol 9.30 malam jgk sampai balik dengan van kolej plak..
Letih, tapi alhamdullillah, si kecik dalam perut ibu sangat faham dan kuat, langsung xmemberi masalah pada ibu.. Lepas ni xtau bila lagi akan outstation..

P/S Saya ngidam Sate Kajang Haji Samuri hohoho...

No comments:

Post a Comment