Alhamdullillah..
Syukur pada Allah, genap sudah 4 tahun kami suami isteri menempuh suka duka saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga Allah mengekalkan kasih sayang kita hingga ke syurga yang abadi..
Kalau nak dibandingkan antara saya dan cik abang memang suasah nak cari persamaan.. Cik abang jenis memilih hal makanan, saya pulak makan apa sahaja selagi boleh makan, cik abang seorang yang gila2, saya pulak lebih banyak senyap, cik abang kategori boros jgak la, saya pulak jenis jimat2 (tp xla sampai tahap kedekut), cik abang ni jenis sensitif skit tapi saya jenis malas nak ambil pusing kalau hal tak penting..hehehe..
Banyak sebenarnya yang berbeza tapi perkara2 yang berbeza ni selalu yang melengkapkan kami..
Terima kasih Allah untuk anugerah-anugerah yang terindah yang Kau berikan untuk kami..
Doa untuk cik abang di hari ulang tahun (3/12/2009 - 3/12/2013)
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran
Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk
akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku
di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala
kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan
bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia
Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku
memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari
terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik
untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah
aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah
Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Tuesday, December 03, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment