Thursday, December 31, 2009

^^Happy New Year 2010^^

Hari ni hari terakhir tahun 2009...Ye, ia bakal meninggalkan kte dalam beberapa jam saja lagi. Segala yang baik berlaku dalam tahun ni akan dijadikan kenangan yang berharga dalam hidup sbb smuanya takkan ada ulangan kedua yang sama sebijik macam kali pertama..hehe.. Segala yang tak baik pula kte jadikan teladan untuk lebih berhati-hati dalam segenap apa jua perkara yang kita lakukan di masa akan datang. Segala dugaan yang Dia tentukan untuk kita pada tahun yang akan kita tinggalkan ini, jadikan penguat agar kita lebih kuat untuk menghadapi ranjau di masa depan. Kerana setiap apa yang ditentukan adalah yang terbaik untuk kita dan ada hikmah di sebaliknya.. Tapi bersyukurlah kerana sehingga detik ini, kita masih mampu menghirup udara di muka bumiNya ini...


Selamat Tahun Baru 2010 untuk semua.. Yang pasti umur kita akan bertambah lagi dan pelbagai cabaran menanti kita di 2010 nanti. Namun, teruskanlah azam kita untuk menjadi yang lebih, lebih dan lebih baik...
Selagi hayat dikandung badan, hidup perlu diteruskan.. 



No comments:

Post a Comment