Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 15, 2009

^^Lagu Cinta lagi...^^

Sesape yg tgh dlm mood ini...Sila la layan..=))




When you tell me that you love me


  
(Ft. Diana Ross)
Shane:
I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do


Diana:
I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth


All:
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me


Mark:
I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does


Diana:
You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here


All:
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me


Mark:
Ooooooh


Diana:
In a world without you (Mark: world without you)
I would always hunger (Mark: I will always hunger)
All I need is your love


Mark & Diana:
...to make me stronger


All:
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are (Mark: Matter where you are)
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
When you tell me that you love me


Mark:
You love me


All:
When you tell me that you love me




^^Aktiviti Hujung Minggu^^

Hjung mggu ni balik Balok Perdana...Rindu sgt kat Tasya.. Tp aktiviti utama sbnrnya shopping brg khawin yg mane xcukup ag n pos kad jemputan untuk kawan2 yang jauh2.. Alhamdullillah, dah selamat smuanya.. Harap2 dorg smua akan terima kad jemputan tu nanti.. Insyaallah..


Smalam. xpernah seawal itu, aku smpi umah kat Kerteh around 2.30 pm.. Sambung tdo, pnat sgt laaa..
Then, hari ni back to work.. Ade 10 hari ag nk abis praktikal.. Can't wait...Cpt la 10 hari...Huhu

Thursday, November 12, 2009

^^Pengalaman Jadi Helpdesk iPerintis...^^

Spnjg hmpir 2 mggu aku ditugaskan di bahagian Helpdesk ni (jwab call user yg perlukn bantuan dlm apa jua sistem yg digunakan selagi disokong oleh iPerintis & Petronas)
ak xpernah mengalami perkara memalukan ini...Ye, ak malu sgt..Huhu..
Al kisahnya begini...
Ring......Extension helpdesk kat line aku berbunyi...Mulanya aku okey je..Aku jwb la, mcm bsa...
"iPerintis, Hello..."
User tu ckp " Hello, akak, saya nak reset password emel sy la"...
Aku nk ckp "ok, sy nak username cik..." tapi xkuar, ak ckp ape2 pn xkuar tbe2 aku terbatuk dgn sdri..
Ya Allah, ape dh jadi ngan aku ni... User tu pn panik.."Akak, knape?Xsihat ke?..."
Alahai concernnya....Aku ckp "Tunggu jap ye..." dgn suara nk kuar ngn xnak sama byk je n tersekat2..
User tupn tggu la smpi aku habis batuk, suara aku clear, bru dia ckp...Lama gak dia tggu smpi peti suara aku ok..huhu
Aduss.. Nasib baik la user ni sporting..Xmarah2, xckp bukan2..Tapi yg pasti...AKU MALU...huhu

^^ Bunting Khawin..^^


Bunting ni dh siap, tgu masa untuk digantung..=))

^^Renungan dan Peringatan Bersama (Amaran untuk diri sendiri)...^^


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.


Di majlis-majlis keramaian sering berlaku pengumpatan.. sukar untuk dinafikan.. terutama di majlis perkahwinan.. ada tetamu yang hadir datang membawa rahmat, ada yang datang menolak rahmat.. Misalnya, mereka dengan tidak sengaja atau sengaja mengatakan keburukan zahir pengantin seperti membedakan kecantikan pengantin itu dengan yang ini, mengatakan pengantin tidak berseri, mengata tentang makanan yang kurang special, dan macam-macam label lagi.. Ini berlaku kerana mereka kurang faham apa yang dimaksudkan dengan mengumpat… Bagaimana pula semasa berhari raya, sudahkah kita menjaga lidah kita?

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat..






^^ Waiting for this ^^

Skrg dah addicted ble barang online.. So skrg tgh tgu 3bnda..
2 bnda ni untuk aku, for my wedding..=))

Tudung ni hajat di hati nk pakai time akad nikah..
Bli kat sericahaya.com harga RM45 termasuk kos penghantaran..Comey x?





Ni yg kedua, cupcake untuk hantaran ak nnti.. Ni sampel jela, tp pattern yg ak mintak tu lbih kurg cmni la..
Harga xtau lgi brape. Yg ni kna ambik kat tmpt dia. Tp ak bli mlalui online gak dri Farinmecupcakes.com..hehe =)


The last one ni untuk my sweet ank buah, untuk birthday dia yg ke dua tahun. Birthday dia dh lpas 30hb Ogos aritu tp ak xsmpt lgi nk bli ape2.. Bnda sgt cute..ak bli kat Jajakraf.com..harganye RM13...Cute kn?
Tp ni sampel je...hehe

^^ Itulah KetentuanNya....^^

Sjak kwn2 ku tahu ak akn menukar status ku menjadi isteri, rmai yg bertanya, ak xmnyesal ke kwin awal2, xnk enjoy dlu ke… Stiap org ade pndgn mereka sndri tp pada aku, aku pn ade sbb sndri dan yg aku percaya, Tuhan dh tetapkan, dia la jodoh aku dan diusia ini lah ak bertemu jodoh ku.. Matlamat hidup ku bukan nk isi usia ni enjoy dgn kwn2, ke sana sini tnpa terikat dgn ape2 tggjwb, tp matlamat aku, nk membina hidup yg lbih mendekatkn aku dgn Dia, nk ada sebuah kluarga yg bhgia sblum ak menutup mata selamanya.. Tidak bermakna slpas ak berkhwin, ak dh xbleh enjoy dh xbleh meneruskn cita2 ku, ak akn tetap teruskn ape yg aku target slma ni, Insyaallah dgn berkat doa dan restu insan yg dimana terletaknya syurgaku di bwah telapak kakinya nnti, Tuhan akn lbih memudahkn perjalanan hdupku di masa depan..Amin.


Ak bersyukur dia sudi terima aku seadanya, hidupku yg serba kekurangan, sanggup bersusah sng bersama ku, byk berkoban masa tenaga untukku dan sentiasa melapangkan aku di saat kekusutan dtg. Dia la yg pertama, yg sntiasa ade, menangis bersama, ketawa bersama, aku bersyukur sgt2… Dgn ade nya dia, ak xrasa ak berseorangan dlm mengharungi apa jua dugaan dlm hdup ni..


Dan ak ingin mengucapkan rasa kasihku yg tidak terhingga pada satu2nya insan yg bakal mengisi kekosongn hidupku, membina kehidupan baru bersamaku…Dia la bakal suamiku, insan yg paling aku sayang selain ibuku, dia la Cik Mohd Nazrin bin Othman… Sue sayang abg sgt2….
Doakanlah kebhagiaan kami bersama hingga ke akhir hayat  kami dan semoga majlis perkahwinan kami nanti berjalan dgn lancar tanpa ada perkara yang tidak diingini  berlaku…AMINNNNN.

^^ Persediaan Khawin...*wink* ^^

Aduh…Lama sggguh xupdate blog ni kn… Byk cte nk tlis tp sbb cbuk byk yg kna delay dlu.. Kali ni nk ckp persediaan kahwin la ek.. Ape lagi kalau bukan dari segi persiapan barang2. Haritu lpas dh siap isi borg, hntar kat pejabat kadi, apelagi shopping barang hantaran la… Mmg agk lmbt cri barang hantaran sbb kna tgu cik abg ade kat umah, dpt cuti dlu.. Keje offshore mcm dia tu seminggu atau 2 mggu sebulan bru ade kat umah.. Time tu smpt la cri brg, klau nk tgu lg mmg dh xsmpt sbb lgi 2,3 hri lpas ni dia dh nk g offshore smula…Huhu…
Alhamdullillah, dlm dua hari dh setel smua brg untuk hantaran tidak termasuk kek, coklat dan yg lain2 la yg sewaktu dgnnya.. Tp ak xsempat lgi nk gubah hantaran tu sbb brg2 untuk hiasan xde ag, + ak pn tgh praktikal lagi. Tgu hjung mggu jela.. Nk tgk ape brg2nya, nnti tgu hri mjlis dlu la bru bleh tgk…hehe..
Kad jemputan pn dh siap, dh separuh dh habis dh distribute, tggal lgi kad jemputan spesel untuk kwan2 aku yg akan pulang bercuti hjung tahun nnti, bru ak nk pegi umah dorg g bgi kad jemputan..Harap2 smua dpt dtg. Nk sgt jumpa kawan2 lama zaman sklah dulu…Rindu sgt nk tgk dorg..Cikgu2 pn ak jemput jgk.. Ye la, hari bahagia kn, kalau bleh nk smua kwan2 dtg raikan, meriahkn majlis ak nnti..Xsabar nk jmpe korg smua…=)