Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, February 28, 2010

^^ Untuk Si Dia... ^^


Buat suamiku..

*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.

*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.

*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak bias dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..

*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan chef2 terkemuka, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera meratah setiap air tanganku.

*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 10 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau bisa memaafkan aku..

*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

*Suamiku…tiada kata-kata mampu kuluahkan untuk kuucapkan terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaranmu mengharungi hidup denganku..Semoga kebahagiaan itu sentiasa menjadi milik kita selamanya...



Saturday, February 27, 2010

^^Salam Maulidur Rasul..^^

Salam Maulidur Rasul untuk umat Islam semua.. Walaupun terlambat satu hari still nak wish jugak sebab kita still boleh selawat untuk junjungan besar Rasullullah SAW bila-bila masa je.. Bukan pada hari Sambutan Maulidur Rasul sahaja.. 


Selawat la pada Rasulullah SAW, luangkan 5 minit lepas solat ataupun bila-bila time anda free. Percayalah, dengan berselawat kepada Rasulullah, hati anda yang tak tenang dan berserabut fikirkan assignment, final year project, masalah peribadi, masalah dunia, dan ape2 jela yang menggangu hati dan fikiran kita, akan kembali tenang dan lapang.. Buatlah seikhlas hati anda, Insyaallah, ganjaran pahala akan berlipat ganda. Dan, nnti di akhirat, Rasulullah akan ingat kita dan bantu kita di alam sana...Insyaallah... Selamat Beramal...

Friday, February 26, 2010

^^ Hadiah Birthday dari Wanie plak...^^

Terima kasih Wanie, bagi bunga ros yang sangat cantik ni.. Sangat suka bunga ros ni.. =)

^^ Sambung Jalan-jalan..^^

Lepas tengok movie,ktorang sambung jalan-jalan dalam Mid Valley tu. Shopping sikit2 mana yang perlu. Lepas tu masuk dalam Pets Wonderland. Tengok pets yang sangat cute, especially hamster, rabbit ngan kucing. Kucing yang ada kat situ ribu-ribu harganya. Hai, kalau aku dapat beli, pastu hilang ke, ape ke kucing tu, mahunya nangis tak henti2. Dahla mahal... Huhu.. Lepas beli Rotiboy..sebab dah lapar balik...ktorang pun balik dengan tetap setia menggunakan perkhidmatan KTM Komuter yang macam sardin petang tu...Huhu..






^^ Jom Tengok Niyang Rapik..^^

Hujung minggu ni kalau sesape yang free & tgh dalam mood nak watch cte seram, cepat2 pergi panggung watch another movie by Ahmad Idham ni. Yang bestnya, semua hero filem ni yang hot2 kat Malaysia ni..


Semalam, xde kelas. So, plan dgan zaty ngan wani nak tgk cte ni. Bangun awal, pegi awal semata-mata nak tengok tayangan pertama pada hari pertama cte ni kuar panggung. Sanggup tunggu hampir setengah jam dalam barisan yang panjang kat kaunter tiket tu sebab server dorang kena restart. Then, ktorang dapat tgk tayangan pertama cte Niyang Rapik, kol 11.45pagi. Sempat lagi pegi isi perut kat Food Court Mid Valley tu. Mood nak makan Western Food. Hehe, makan cepat-cepat sebab kejar masa nak masuk panggung plak.


Okeh, back to the cerite, ini cerita seram yang keberapa ntah aku tengok. Sebab aku memang suka tgk cte seram kat panggung. Ajak kawan ramai-ramai.. Tapi, time scene yang nak tunjuk hantu tu, tangan aku mesti auto tutup mata, xpun tanggalkan spek jap biar nampak kabur2 je..Haha, penakut..Nak tengok sangat..Ape laaa...


Cerita ni mula2 tunjuk mcm mana Zack (Fizz Fairuz) menderita sakit dalam perut lepas balik dari Niyang Rapik. Tok Bomoh tengah mengubat dia masa tu. Then, di saat akhir hayat dia, perut dia pecah.. Kawan2 dia yang lain Saiful (Zed Zaidi), Zan (Shaheizy Sam), Amir (Awal Asyaari) & Helmi (Kamal Adli) pun sibuk la cari punca nape si Zack tu sakit sampai mcm tu skali. Rupanya, Zack ada ambik something dari Niyang Rapik secara senyap2. Kalau tak silap benda tu namanya kerambit. Kawan2 dia yang lain ingatkan sebab kerambit tula si Zack tu sakit. So, dorang pakat nak pegi balik ke Niyang Rapik nak pulangkan kerambit tu. Babak2 seram start masa dorang dalam perjalanan nak ke Niyang Rapik lagi. Masa kat Niyang Rapik,macam-maca benda jadi. Setiap seorang mesti ade je kena benda yang pelik-pelik. Kecuali seorang je dari mereka yang sentiasa selamat sebab dia dilindungi oleh sesuatu.. Lepas hantar kerambit tu, benda-benda pelik tu tetap berlaku jugak malah lebih teruk. Rupanya, apa yang jadi tu disebabkan kesalahan salah seorang daripada mereka yang dilakukan semasa kedatangan kali pertama mereka ke Niyang Rapik sebelum ni. Nak tahu cerita lebih lanjut, siapakah yang dimaksudkan, kena la tengok cite ni.


Sangat best cite ni. Setiap hero2 yang hot tu ada karakter masing-masing. Dan sememangnya watak Zan yang Shaheizy Sam bawak memang best, satu panggung gelak. Cite ni agak seram tapi yang paling seram setakat ni yang aku tengok kat panggung, Jangan Pandang Belakang.. Memang xleh lawan. Sampai seminggu lebih aku terbayang-bayang hantu Jangan Pandang Belakang tu.. Tapi, jangan lupa tengok cite Niyang Rapik ni. sangat best dan menginsafkan. Jom kite sebagai rakyat Malaysia menyokong filem tempatan.. Kalau tak kite, siapa lagi... 

Wednesday, February 24, 2010

^^ Hadiah Birthday dari Zaty.. ^^

Terima kasih byk2 sebab bagi birthday present ni... Sangat suka... =)




^^ Dah Dapat... ^^

Alhamdullillah, dah dapat beli buku ni.. Buku ni sangat bagus, lengkap & harga xmahal sangat pun.. Hari tu aku tawar-menawar dapat RM 50. Kira ok la tu kan.. Isi kandungan dia pun sangat mudah difahami dan menarik. Sekurang-kurangnya ada la panduan lengkap kalau ade ape2 yang terkeliru di kemudian hari. In case kalau malu nk tya org lain la kn, boleh terus rujuk buku ni... Sangat bagus...
Sedikit ringkasan tentang buku ni...
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Buku ni pun aku suka jgak, tapi dah lama beli.. Sangat tenang bila baca buku ni...

Dan ni pulak sedikit ringkasannya...
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya. 

Saudariku! Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran. 

Saudariku! Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya. 

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."



Tuesday, February 23, 2010

^^ Ceritera Cuti Mid Sem.. ^^

Cuti mid sem ni boleh dikatakan cuti sakan gak la pada aku, mana taknya, 2 hari sebelum org lain dh start cuti lagi aku dah steady lepak kat umah dah, pastu orang lain dah berpusu-pusu balik kampus, aku duk kat umah lagi.. Nak wat cmne, tiket xde nak datang on time.. hehe, alasan la kononnya kan.. Tapi cuti ni memang sangat sibuk dengan aktiviti keluarga..


13, 14, 15 Februari 2010


Kami berdua ke Mersing, Johor untuk Majlis Pertunangan anak buah my hubby. My hubby sangat tidak mahu mengecewakan dia so kami pergi jugak dengan bercar-pool with Abg Ki & Ayu. Perjalanan ambik masa hampir 7 jam dengan cuaca panas terik. Sangat bosan sebab sepanjang perjalanan dapat tengok hutan je kiri kanan. Tempat nak berhenti makan pun xde, nasib baik ayu sempat buat sandwich pg tu, ktorg melantak benda tu je la janji perut tak berbunyi. Ktorg berdua (aku & ayu) yang jadi datin-datin tak dilantik ni duk seat belakang dah puas tdo bangun dah, still tak sampai-sampai jugak. Cik abg 2 orang lagi tu yang gilir drive tu sesuke je gelakkan ktorg.. Maklumlah, ni first time aku & Ayu ikut our hubbies ke Mersing ke umah abg sulong dorg..


Sesampainya kat sane, tergamam gak ktorg. Tertanya-tanya, ni majlis tunang ke majlis khawin ni. Siap dengan pelamin, khemah VIP sampai tutup semua jalan. Memang grand la majlis si Angah ni, sebab his fiancee tu datang dari family yg sangat berada, so mungkin nak jaga status jugak kot.. Sampaikan aku terasa nak tunang sekali lagi lagi je.. Tersengih mr hubby bila aku ajak, bang, jom tunang sekali lagi...Speechless my dear hubby tu..hehe..Untuk kami 2 pasangan yang masih mood pengantin baru ni, si Angah tempahkan bilik hotel.. So, sempat la berbulan madu free.. Hehe... Sebabnya, xde keje pun nak buat kat umah pengantin, pegi duduk & tengok je. Dah boring balik hotel, lepak..


Majlis pertunangan tu berlangsung pada 14hb, setelah rombongan dari Terengganu (belah pihak lelaki) sampai dalam kol3 ptg cmtula, dorg pun bincang la kn.. Insyaallah, bulan 6 nnti bakal dilangsungkan majlis nikah & sanding.. Tahniah buat Angah berdua.. Ni gambar pelamin & hantaran yang sempat aku snap, yang lain, lupa nk ambik..Hehe..


Pandangan bahagian atas pelamin...

Bahagian bawah..

Kain baju melayu

Coklat campur-campur

Kain songket putih

Buah epal

Kek Coklat

Tepak sirih

Dan.... Cincin...




Ktorg bertolak balik, lebih kurang kol 11 pagi 15hb lepas mendapat rehat secukupnya...


18, 19, 20hb Februari 2010


Lepas rehat 2 hari, aku ajak my hubby ziarah my family kat bachok. Kebetulan, my hubby teringin nak minum air tuak, so mintak ayah kat sana carikan air tuak. Petang khamis bertolak ke sana. Sampai kat umah, semua adik beradik yang 5 ke bawah tu ada kat umah. Meriah gak la umah. Ni first my hubby bermalam kat umah family aku kat Bachok tu..


Esok paginya, ajak my hubby ke umah mak sedara aku kat Tawang & pak ngah aku kat Pengkalan Chepa. Untuk sesi perkenalan antara family aku dengan my hubby.. Sambil jalan2 sempat jugak aku majuk kjap dgn mr hubby.. Hehe.. So, aktiviti ke pantai petang tu bersama adik2 adalah usahanya untuk memujuk.. Hehe.. Kesian dia, kena layan mood PMS aku... 


Mr Hubby termenung panjang di belakang...

Sangat ramai beach lovers petang tu...

Adik2 ku 4 org yang ikut.. hehe




Pagi esoknya, 20hb kami bertolak balik. Sempat rehat 2 hari, then aku kembali ke UKM. Dengan tesis, buku PHP yang berhajat untuk ditelaah sepanjang cuti, ku sumbatkan kembali ke dalam beg pakaian untuk dibawak balik ke UKM. Wat balik saje je, bukak pun tidak, apelagi nak wat keje..Huhu.. Ape daaa...

^^ My Belated 22nd Anniversary.. ^^

Setelah hampir seminggu 18hb Februari berlalu, hari ni baru ade peluang nak updated.. So, Happy Belated Birthday to me... dah 22 tahun dah, Alhamdullillah, Allah masih memberi peluang pada hambaNya ni menumpang di bumiNya yang serba indah ini... hehe..


Terima kasih pada semua yang wish directly or indirectly.. I luv you all.. Sape la saya tanpa anda semua kawan-kawan yang sentiasa menghiburkan hati saya..chewwaahh..


Banyak harapan besar dipertaruhkan untuk usia 22 ni, ni la senarainya..jeng-jeng..


1) Nak grad dengan jayanya and become one of alumni UKM
2) Kalau dimurahkan rezeki, nak terus dapat keje tanpa rehat yang panjang & memboringkan..
3) Kalau dimurahkan rezeki jugak, nak hadiahkan my hubby sesuatu yang akan menambahkan lagi keceriaan dalam hidup kami... Insyaallah.... 


 Harap-harapnya everything will become real.. I'm waiting for them from day to day.. Hope the best for our future..




P/S Teringin sangat nak makan Blueberry Cheese Cake lagi...



Tuesday, February 09, 2010

^^ Kenangan Dengan Arwah Ayah.. ^^

Malam tadi ayah datang lagi dalam mimpi aku.. Mungkin untuk wish me luck untuk exam SEPM aku hari ni.. Aku dah wat yg mampu aku buat, even not at all, because ade soalan yang aku xingat ape yang aku hafal.. 
Dah hampir 10 tahun ayah pergi meninggalkan aku & my mum.. Padahal masih baru je rasanya.. Aku tak pernah lupakan arwah sebab masa arwah ade aku lah yang paling manja dengan arwah sebab aku satu-satunya anak perempuan tunggal yang ayah jaga dari kecik seawal usia aku 40hari di muka bumi ini..


Dulu, masa arwah masih ade, dia yang hantar aku ke sekolah. Even mata ayah dah tak berapa terang nak bawak motor, ayah still hantar aku jalan kaki ke sekolah.. Dan waktu balik dari sekolah pun ayah dah ade tunggu aku kat pagar sekolah.. Kami balik jalan kaki sama-sama..Ni cerita masa aku tadika & darjah satu dulu la kn.. Dulu jgak waktu aku kena pergi kelas malam, ayah tak mampu nak bawak motor nak hantar & ambik aku, ayah sanggup carikan orang untuk hantar aku ke kelas malam.. Kesian ayah..


Dulu, time raya, walaupun hanya aku je yg ade, tiap2 tahun ayah mesti pasang tiang untuk letak pelita raya untuk aku main bunga api.. Ayah la temankan aku main bunga api.. Kalau malam raya pulak, kami bakar sate sesame, my mum pulak cucuk isi ayam untuk jadi sate tu.. Aku tak tolong my mum, tapi aku bertanding dengan ayah siape makan sate paling banyak.. Bila dah kenyang, habis, ktorg kira sape yang banyak.. Best time tu..


Ayah sakit lepas aku habis exam UPSR.. Selang xlama lepas aku dapat result, 5A UPSR tu, ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya.. Sebelum ayah pergi, ayah pesan supaya belajar molek2 & jangan abaikan my mum.. Hari ayah meninggal, aku tak menangis sebab hati aku kosong, mcm xde perasaan. Lepas 1,2 hari ayah takde, aku sangat merasa kehilangan ayah... Dan mulai hari tu, takde sape lagi nak bakar sate dengan aku time raya, hari raya lepas tu sangat la sunyi.. Kalau masa ayah ade, sangat ramai anak-anak sedara ayah datang nak beraya dengan ayah..


Lepas ayah takde jugak, dah takde sesape yang pergi ambik result exam aku masa sekolah menengah.. Sebab setiap kali exam yang penting selain SPM or PMR, mak ayah kena ada sekali untuk terima anugerah and result anak-anak dorg dari guru kelas anak masing-masing. Tapi, aku jugak kena ambik sendiri, sorang2.. Nak mintak my mum pergi, memang xleh sebab sebelum ayah takde lagi, my mum dah sakit susah nak jalan.. Sangat sedih waktu tu.. Walaupun keputusan aku yang paling baik tapi takde makna sangat pada aku.. Dulu masa ayah ada lagi, ayah xpernah missed Hari Penyampaian Hadiah Akhir Tahun kat sekolah aku masa sekolah rendah tu.. Sebab setiap tahun, aku mesti naik pentas tak nak hampakan ayah.. Tapi tu semua dah tinggal kenangan...


Aku terkilan, sebab ayah tak sempat tgk aku dengan SPM aku, terkilan sebab ayah tak sempat hantar aku ke universiti & ayah tak sempat tgk aku kawin... Walaupun aku masih ada ayah kandung, tapi tetap tak sama macam arwah ayah yang jaga aku selama ni.. Takde sape2 dapat gantikan tempat arwah ayah.. 
Aku harap suatu masa nanti, aku nak jumpa ayah sekali lagi, nak salam tangan ayah.. Walaupun di alam yang lain, tapi aku nak sangat jumpa dia lagi... I really miss him... 


P/S Al-Fhatihah untuk arwah ayah... 

Sunday, February 07, 2010

^^ Wedding Photo Contest by Lynn Hamzah ^^

Perkembangan baru sikit hari minggu ni, terasa nak join contest kat blog la plak kan.. Disebabkan mood kahwin masih berbunga-bunga segar bak bunga ros baru kembang kat taman..Chewaahh.., berminat nak join Wedding Photo Contest yang akak Lynn Hamzah anjurkan.. Ni link dia... Wedding Photo Contest.


Contest ni last 15 Februari ni.. 3 hari sebelum my birthday...wink,wink..=).. Then, inilah banner contest ni. Jom kte pakat2 join..

Gambar yang akan dimasukkan untuk contest ni adalah...jeng,jeng,jeng...



Nama Pengantin Perempuan : Suliza Bt Hassan
Nama Pengantin Lelaki : Cik Mohd Nazrin B Othman
Tarikh Khawin : 03 Disember 2009

Saya suka gambar ni. Walaupun kami tak pandai sangat "posing" tapi ia menggambarkan keceriaan kami berdua dan kesyukuran atas anugerah Tuhan yang paling bermakna ini. Setelah pelbagai susah dan senang kami lalui bersama, hari tersebut adalah bukti kasih sayang kami berdua. 

Kak Lynn, ni gambar saya untuk contest kak Lynn ni ye.. =)

Saturday, February 06, 2010

^^ Rindu... ^^

Tiba-tiba rindu sangat dengan si Tasya ni, hari tu sempat jumpa kejap je.. 


Friday, February 05, 2010

^^Huhuhu...^^

Tak perlu la rasanya nak nasihatkan saya dalam hal sebegitu rupa.. Hal macam tu bukan untuk dijaja pada pengetahuan orang luar.. Terpulang pada masing-masing la.. Masing-masing dah tau kan... So, kita jaga la diri sendiri.. Sebab kita sahaja yang tau diri kita.. Terima kasih...


P/S Rasa macam tak patut. Saya tak kenal awak pun...

^^Agenda Hari Ini..^^

Hari ni & 3hari berikutnya xde kelas.. So, boleh tumpu untuk wat kerja yang makin berlambak tu.. Hari ni jgak menggagahkan diri untuk pose.. Thanks to Wanie & Bell temankan aku buke pose.. =)


Malamnye, round hampir satu Kolej Za'ba gi tempek2 iklan untuk Wonderstuff.. Sangat seronok & berharap ianya mendapat sambutan.. Jumpa K.na, ex-roommate dari tahun 1 & @ masa duk cni.. Byak sembang.. Ingat cerita,barang-barang lama yang pernak dikongsi bersama..sob,sob,sob...


Le ni, penat sangat.. Tapi perut rasa penuh lagi ni, camne nk tdo.. Nway, nk rehat dulu la.. Daa..


P/S Hujung minggu ni xbalik, tgu cuti raya cina next week baru balik..Kesian Mr Hubby, xde sesape uruskan...