Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Friday, February 26, 2010

^^ Jom Tengok Niyang Rapik..^^

Hujung minggu ni kalau sesape yang free & tgh dalam mood nak watch cte seram, cepat2 pergi panggung watch another movie by Ahmad Idham ni. Yang bestnya, semua hero filem ni yang hot2 kat Malaysia ni..


Semalam, xde kelas. So, plan dgan zaty ngan wani nak tgk cte ni. Bangun awal, pegi awal semata-mata nak tengok tayangan pertama pada hari pertama cte ni kuar panggung. Sanggup tunggu hampir setengah jam dalam barisan yang panjang kat kaunter tiket tu sebab server dorang kena restart. Then, ktorang dapat tgk tayangan pertama cte Niyang Rapik, kol 11.45pagi. Sempat lagi pegi isi perut kat Food Court Mid Valley tu. Mood nak makan Western Food. Hehe, makan cepat-cepat sebab kejar masa nak masuk panggung plak.


Okeh, back to the cerite, ini cerita seram yang keberapa ntah aku tengok. Sebab aku memang suka tgk cte seram kat panggung. Ajak kawan ramai-ramai.. Tapi, time scene yang nak tunjuk hantu tu, tangan aku mesti auto tutup mata, xpun tanggalkan spek jap biar nampak kabur2 je..Haha, penakut..Nak tengok sangat..Ape laaa...


Cerita ni mula2 tunjuk mcm mana Zack (Fizz Fairuz) menderita sakit dalam perut lepas balik dari Niyang Rapik. Tok Bomoh tengah mengubat dia masa tu. Then, di saat akhir hayat dia, perut dia pecah.. Kawan2 dia yang lain Saiful (Zed Zaidi), Zan (Shaheizy Sam), Amir (Awal Asyaari) & Helmi (Kamal Adli) pun sibuk la cari punca nape si Zack tu sakit sampai mcm tu skali. Rupanya, Zack ada ambik something dari Niyang Rapik secara senyap2. Kalau tak silap benda tu namanya kerambit. Kawan2 dia yang lain ingatkan sebab kerambit tula si Zack tu sakit. So, dorang pakat nak pegi balik ke Niyang Rapik nak pulangkan kerambit tu. Babak2 seram start masa dorang dalam perjalanan nak ke Niyang Rapik lagi. Masa kat Niyang Rapik,macam-maca benda jadi. Setiap seorang mesti ade je kena benda yang pelik-pelik. Kecuali seorang je dari mereka yang sentiasa selamat sebab dia dilindungi oleh sesuatu.. Lepas hantar kerambit tu, benda-benda pelik tu tetap berlaku jugak malah lebih teruk. Rupanya, apa yang jadi tu disebabkan kesalahan salah seorang daripada mereka yang dilakukan semasa kedatangan kali pertama mereka ke Niyang Rapik sebelum ni. Nak tahu cerita lebih lanjut, siapakah yang dimaksudkan, kena la tengok cite ni.


Sangat best cite ni. Setiap hero2 yang hot tu ada karakter masing-masing. Dan sememangnya watak Zan yang Shaheizy Sam bawak memang best, satu panggung gelak. Cite ni agak seram tapi yang paling seram setakat ni yang aku tengok kat panggung, Jangan Pandang Belakang.. Memang xleh lawan. Sampai seminggu lebih aku terbayang-bayang hantu Jangan Pandang Belakang tu.. Tapi, jangan lupa tengok cite Niyang Rapik ni. sangat best dan menginsafkan. Jom kite sebagai rakyat Malaysia menyokong filem tempatan.. Kalau tak kite, siapa lagi... 

No comments:

Post a Comment