Wednesday, February 24, 2010

^^ Dah Dapat... ^^

Alhamdullillah, dah dapat beli buku ni.. Buku ni sangat bagus, lengkap & harga xmahal sangat pun.. Hari tu aku tawar-menawar dapat RM 50. Kira ok la tu kan.. Isi kandungan dia pun sangat mudah difahami dan menarik. Sekurang-kurangnya ada la panduan lengkap kalau ade ape2 yang terkeliru di kemudian hari. In case kalau malu nk tya org lain la kn, boleh terus rujuk buku ni... Sangat bagus...
Sedikit ringkasan tentang buku ni...
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Buku ni pun aku suka jgak, tapi dah lama beli.. Sangat tenang bila baca buku ni...

Dan ni pulak sedikit ringkasannya...
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya. 

Saudariku! Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran. 

Saudariku! Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya. 

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."



No comments:

Post a Comment